Selepas dua bulan menceraikan isterinya, Ain Afini, nama Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan sekali lagi dilanda kontroversi apabila perkahwinan keduanya bersama Hana Azraa pula dikatakan di ambang perceraian.
Perkata itu didedahkan oleh Hana Azraa sendiri di mana menurut Hana dia dan PU Abu bakal bercerai dan sudah tidak lagi tinggal bersama.
“Saya dan Abu kini dalam proses untuk bercerai. Kami dah tak tinggal sebumbung, dia di Kuala Lumpur manakala saya di Kedah.
“Saya tak nak dikaitkan lagi dengan PU Abu di media. Hidup saya cukup dengan anak-anak dan kerjaya,” katanya kepada mStar Online.
Menurut Hana, dia tampil menjelaskan status rumah tangganya itu bagi mengelakkan salah faham di kalangan netizen. Katanya lagi, hubungannya dengan pendakwah muda itu berakhir dengan baik.
“Walaubagaimanapun, saya tetap doakan kebahagiaan PU Abu dan Ain serta anak mereka sampai ke syurga. Hubungan saya dan PU Abu akan berakhir dengan baik. Insya-Allah,” katanya.
Berdasar hasil pemerhatian, kedua-dua mereka juga tidak lagi saling mengikuti di laman Instagram.
Dalam pada itu, PU Abu yang dihubungi mStar enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu namun mengesahkan dia dan Hana masih lagi pasangan suami isteri.
Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…
Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…
Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…
Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…
Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…
Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…