Insiden dimana budak
meniarap atas cermin belakang sebuah kereta Toyota Vios yang sedang bergerak di
Pasir Gudang kini dalam siasatan polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Ismail Dollah, pihaknya menerima aduan daripada seorang pengguna media sosial tentang kejadian tersebut susulan viralnya klip video kejadian yang telah di muat naik di laman Facebook ‘Komuniti Taman Scientex’
‘Perbuatan yang dilakuan mereka dan pemandu adalah berbahaya
kepada diri sendiri dan juga pengguna jalan raya lain” kata Supt Ismail seperti
dilaporkan Star Online.
Polis kini sedang giat mengenal pasti identiti pemandu dan kanak-kanak yang terlibat dalam insiden
berkenaan, dan katanya lagi siasatan dijalankan mengikut Seksyen 336 Kanun
Keseksaan kerana perbuatan itu membahayakan nyawa dan keselamatan diri sendiri
serta orang lain.
Beliau turut mengesa orang ramai yang mempunya sebarang
maklumat mengenai kejadian tersebut , untuk menghubungi talian telefon polis
negeri di 07-2212999 atau melaporkan kejadian tersebut di mana-mana balai polis
berdekatan.