Rakyat Malaysia Kurang Makan Buah-buahan

Satu kajian telah dijalankan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) tentang pengambilan buah-buahan oleh rakyat Malaysia. Kajian itu mendapati purata rakyat Malaysia mengambil buah-buahan kurang lapan kali daripada yang disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pengerusi FAMA Ishak Ismail pada Jumaat berkata, kajian itu merumuskan seorang rakyat Malaysia, secara purata mengambil lima kilogram (kg) buah-buahan sebulan berbanding 40 kg yang disyorkan WHO.

“Perangkaan terkini yang dikeluarkan WHO tahun lepas menyatakan pengambilan buah-buahan di Malaysia hanya mencecah 63kg seorang setiap tahun berbanding 146kg seorang setahun di lain-lain negara maju,” katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Terdahulu, beliau menyertai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang Dr Afif Bahardin melancarkan promosi pengambilan buah-buahan bersempena Festival Durian Pulau Pinang di tapak expo Seberang Jaya.

Menurut Ishak, Laporan Kesihatan Dunia 2003, WHO juga menyatakan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang rendah antara 10 faktor risiko tertinggi menyebabkan kematian.

Kempen tiga hari itu adalah untuk mendidik juga meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengambilan buah-buahan dalam kalangan pelajar serta pengajar di sekolah dan kolej.

“Kami akan mendidik golongan belia menerusi pertandingan, sastera dan lawatan sambil belajar ke dusun buah-buahan bagi menunjukkan kepentingan buah-buahan dalam gaya hidup kita,” kata beliau.

Beliau berkata kempen serupa akan dianjurkan di Perak dari 25 hingga 27 Julai, selain Terengganu antara 5 hingga 7 Ogos.

Sumber:Awani

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

3 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

3 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

3 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

5 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

5 hours ago