Now Reading
Saya Pilih Untuk Beli Makanan Untuk Sekeluarga Dari Pergi Ke Sekolah

Saya Pilih Untuk Beli Makanan Untuk Sekeluarga Dari Pergi Ke Sekolah

Kisah duka seorang pelajar SPM yang terpaksa memilih untuk menggunakan wang untuk makanan seisi keluarga berbanding membeli minyak untuk ke sekolah sungguh menginsafkan. Apatah lagi kehidupan mereka sekeluarga yang dahulunya mewah dan sempurnya, bertukar dalam sekelip mata setelah kematian ibunya pada 2009.

Kisah adik tersebut, Nurhanifah Mohd Fadhillah dan keluarganya yang berasal dari Kuching mula viral setelah di kongsi oleh Asfaridah Omar, Penolong Pegawai Sosio Ekonomi  Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (YAKIN) di akaun twitter beliau dan setakat ini sudah mendapat 12ribu perkongsian.

Pertemuan Asfaridah Omar dari NGO Yakin yang menemui keluarga itu baru-baru ini.
Foto : Mstar

Menurut Nurhanifah ayahnya yang dahulu bergaji belasan ribu dan bekerja di pelantar minyak nekad untuk berhenti kerja setelah kematian ibunya . Apa yang lebih menyedihkan bagi si ayah ialah, dia baru mendapat perkhabaran tentang kejadian tersebut selepas hari ketiga isterinya meninggal .

Jadi keputusan sukar terpaksa dibuat oleh si ayah, En Mohd Fadillah demi menjaga ketiga-tiga anaknya yang masih kecil  terutama anak bongsu yang cacat penglihatan sejak lahir. Ya pasti  ayah nya tak mahu perkara yang sama berulang.

Kehidupan keluarga En Mohd Fadillah dilihat serba daif, walaupun mendapat bantuan dari Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 dicampur dengan upah beliau yang kini bekerja sebagai mekanik.

Mengagumi ayahnya seorang yang tabah dan amat bertanggungjawab, Nurhanifah bercita-cita untuk  menunaikan impian ayahnya yang ingin melihat salah seorang beliau menjadi pegawai kerajaan.

See Also

Kami doakan yang terbaik untuk adik sekeluarga! Dan bagi yang berhasrat untuk menyalurkan sumbangan boleh la menghubungi Mohd Fadillah di talian 011-56551982 atau terus salurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bernombor 1212041000051665 atas nama Mohd Fadillah.

Sumber : Mstar

Kami doakan yang terbaik untuk adik sekeluarga! Dan bagi yang berhasrat untuk menyalurkan sumbangan boleh la menghubungi Mohd Fadillah di talian 011-56551982.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.