Seorang wanita tempatan membuat laporan polis terhadap kenalannya selepas tidak berpuashati dengan tindakan lelaki warga asing berkenaan yang mencabut kondom semasa mengadakan hubungan seks.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof mengesahkan menerima laporan wanita berkenaan Sabtu lalu.
Mengikut laporan, pasangan itu melakukan hubungan intim di sebuah pangsapuri di Cheras. Sebelum mengadakan hubungan seks, wanita tersebut telah meletakkan syarat supaya lelaki warga asing itu perlu menggunakan kondom.
Namun, lelaki tersebut telah mencabut kondom ketika melakukan hubungan seks.
Tindakan itu menyebabkan wanita berkenaan membuat laporan polis kerana takut dijangkiti virus HIV dan rasa tertipu dengan lelaki tersebut.
Jelas Ahmad Dzaffir, kes tersebut akan dirujuk kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Sumber : Astro Awani
Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…
Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…
Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…
Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…
Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…
Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…