Now Reading
Ruhainies Kongsi Detik Manis Sambut Hari Jadi Dengan Kekasih, Netizen Pula Yang Panas

Ruhainies Kongsi Detik Manis Sambut Hari Jadi Dengan Kekasih, Netizen Pula Yang Panas

https://www.instagram.com/p/B0dhb9YgTQQ/

Sudah hampir dua tahun menjalin hubungan cinta, Ruhainies memberitahu dirinya belum bersedia untuk memperkenalkan kekasihnya yang dikenali sebagai Mr.E. Sebelum ini, Ruhainies mengakui dia tidak mahu dedahkan wajah kekasih kerana bimbang dirampas.

Baru-baru ini, Ruhainies berkongsikan beberapa keping gambarnya bersama kekasih sempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-27. Memang romantis sangat pasangan tersebut.

Menerusi foto dikongsikan, ahli perniagaan itu segak mengenakan sut biru dan Ruhainies tampil cantik mengenakan gaun putih.

Diruangan komen, rata-rata peminatnya tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan hari lahir pada Ruhainies.

See Also

Dalam pada itu, netizen memberikan komen sindiran meminta pasangan itu segera berkahwin supaya tiada lagi cerita ada wanita lain cuba merampas kekasihnya.

Terdahulu, Ruhainies memberitahu dia lebih selesa jika memberikan laluan terlebih dahulu kepada kakaknya, Nur Risteena untuk berumah tangga yang dikatakan bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.