Pertama Kali Dalam Sejarah, Raja Permaisuri Agong Mencemar Duli Live IG Bersama Rizalman

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencuri tumpuan netizen di media sosial apabila mencemar duli mengadakan siaran langsung di Instagram (Live IG) pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim malam tadi.

Terdahulu Rizalman mengadakan Live IG bersama pengikutnya dan bercerita mengenai pengalamannya menguruskan balairung seri dan busana Raja Permaisuri Agong untuk Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Selasa lalu.

Raja Permaisuri Agong kemudiannya menyapa Rizalman seterusnya mencemar duli di Live IG bersama anakandanya, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ketika santap durian dan pisang goreng.

Raja Permaisuri Agong sempat bergurau dengan Tengku Hassanal bertanyakan mengenai sama ada anakandanya sudah berpunya atau tidak memandangkan ramai yang mempuji ketampanannya ketika hari pertabalan.

“Siapa hendak jadi isteri Tengku Hassanal kena pandai makan durian, gulai tempoyak dan kena siapkan pakaian anakanda saya dari kepala sampai kaki, sebab dia (Tengku Hassanal) sekarang saya yang uruskan semua,” titah Raja Permaisuri Agong.

Sebelum ini Raja Permaisuri Agong mencuri tumpuan di media sosial apabila mencemar duli memasak lima jenis lauk di rumah Rizalman.

Bagaimanapun, sesi Live IG itu terputus selang beberapa minit kerana gangguan teknikal.
Sumber: IG Rizalman, Kosmo!

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

43 mins ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

1 hour ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

3 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

3 hours ago
  • Trending

“Pelik Tapi Benar” – Rakaman Cara Ular Panjat Pokok Raih Perhatian Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, reptilia itu juga dilihat sangat pantas memanjat pokok berkenaan meskipun tidak punyai…

4 hours ago
  • Trending

Wanita Mahu Calon Suami Bergaji RM9,000 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Kebanyakan wanita yang ditemu bual YouTuber berkenaan berpendapat lelaki perlu mempunyai pendapatan antara RM3,000 hingga…

6 hours ago