7 Perkara Menarik Tentang Lesung Pipit

Pasti ramai orang bersetuju kalau kami katakan orang  yang memilik lesung pipit ini mempunyai senyuman yang manis. Lagi dalam lesung pipit tu lagi bertambah serinya . Walaupun dikategorikan sebagai sejenis kecacatan disebabkan otot wajah (zygomaticus major) terbelah dua, tapi kecacatan sebegini sebenarnya lebih mencantikkan wajah seseorang.

Jadi kat bawah ni kami nak kongsikan 7 perkara menarik tentang lesung pipit yang patut anda tahu :

1. Hanya 20% manusia yang mempunyai lesung pipit

Menurut satu kajian yang dilakukan , hanya 1/5  manusia atau 20% dari golongan manusia yang mempunyai lesung pipit. Wah kira golongan elit ni!  Boleh dikatakan bertuahlah siapa yang ada lesung pipit.

2. Ramai yang tertarik  pada mereka yang berlesung pipit

Lesung pipit adalah satu daya tarikan tambahan yang menyebabkan ramai orang cepat tertarik pada mereka yang memilikinya. Kajian  tersebut telah dilakukan oleh  American Journal of Physical of Anthropology.

3.Lesung pipit adalah kecacatan genetik

Bagi mereka yang mengimpikan anak mereka berlesung pipit lupakan hajat anda kerana lesung pipit adalah kecacatan genetik.  Namun ada anak yang memiliki lesung pipit walaupun ibu bapanya tidak memilikinya  kerana si anak mewarisi lesung pipit tersebut dari atuknya. Situasi ini dinamakan ‘Gen Skip’ .Ia berlaku secara berselang-seli .

4. Orang sanggup menghabiskan wang untuk lesung pipit palsu

Ini kecacatan yang paling digilai orang ramai, percaya atau tidak , trend mencipta lesung pipit palsu mula menjadi pilihan bagi mereka yang menginginkannya. Kosnya sahaja bermula dari RM3,4000 ke RM 10,000 Wahhh !!

5. Lesung pipit buat kita nampak muda

Para saintis menyatakan lesung pipit membuatkan seseorang itu tampak lebih muda dari usia mereka.  Dengan kata lain, orang yang ada lesung pipit ni rata-ratanya baby face lah!

6. Lesung pipit boleh hilang disebabkan faktor usia

Lesung pipit boleh hilang atas faktor peningkatan umur. Sebab tu ada sesetangah orang yang memiliki lesung pipit masa kecilnya, tapi beransur hilang semasa dia menginjak dewasa. Ini kerana otot Zygomaticus Major yang terbelah akan terbentuk dengan sempurna seiring dengan pembesaran mereka.

Miranda Kerr, selebriti Hollywood yang paling dikenali dengan lesung pipit

7. Selebriti menjadi lebih popular dan lebih diingati

Portal Time For Healty Food melaporkan  setengah dari bintang Hollywood mempunyai lesung pipit, dan ini membantu mereka menjadi lebih dikenali. Artis kita pula yang paling menyerlah adalah Wawa Zainal dan Anuar Zain.

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

6 mins ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

14 mins ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

24 mins ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

38 mins ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

2 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

3 hours ago