Restoran makanan segera popular, McDonald’s meraikan sambutan Hari Kebangsaan ke-62 dengan menukar nama restoran mereka.
Sering dipanggil menerusi nama pendek ‘McD’, Mcdonald’s Malaysia mengambil inisiatif jiwa Malaysia dengan menggunakan nama ‘Mekdi’.
Memetik laporan New Straits Times (NST), selama 37 tahun makanan segera ini bertapak di tanah air, rakyat Malaysia sentiasa memberikan sokongan yang tidak putus.
“Jadi, kami berhasrat untuk menukar nama jenama kami kepada nama panggilan kegemaran rakyat Malaysia,” kata Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai kepada NST.
Nama baru ini ditukarkan hanya di cawangan McDonald’s Bukit Bintang sahaja yang merupakan lokasi pertama jenama ini bertapak di Malaysia.
Di laman sosial, netizen turut sama memuji usaha jenama ini dalam menyuntik elemen lokal dalam kempen kemerdekaan kali ini.
“Bagus utamakan citarasa tempatan dalam kita menyambut bulan kemerdekaan 31 Ogos ini,” komen seorang netizen.
“I just went and shocked like this can’t be real, lmao. but it is, that’s how we roll it,” puji seorang netizen.
“Ala tukar je lah terus. Negara lain okay je tukar ikut sebutan diorang huhuhuhu,” cadang seorang netizen.
“Kepsi mana?” tanya seorang netizen kepada pesaing rapat Mekdi.
Seiring dengan bulan kemerdekaan juga, Mekdi turut memperkenalkan menu Nasi Lemak yang merupakan hidangan kegemaran rakyat Malaysia.
Sumber : NST
Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…
Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.
Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…
Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.
Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…
Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…