Now Reading
Fikry Ibrahim Mungkir Janji, Bersentuhan Dengan Wanita Dalam Drama

Fikry Ibrahim Mungkir Janji, Bersentuhan Dengan Wanita Dalam Drama

Pelakon Fikry Ibrahim antara yang dikagumi kerana mempunyai prinsip tidak mahu bersentuhan dengan mana-mana pelakon wanita dalam drama yang dibintanginya.

Namun, baru-baru ini netizen kecewa dengannya kerana sudah mungkir janji, bermesraan dan bersentuhan dengan pelakon Tasha Shila yang memegang watak sebagai tunang Fikry di dalam drama Kau Yang Pertama.

Mengakui memang silapnya bersentuhan dengan wanita bukan mahram, Fikry terbuka menerima teguran tetapi janganlah membabitkan ahli keluarga terutama sekali ibu bapanya.

fikry ibrahim bersentuhan
fikry ibrahim sentuh pelakon wanita

Saya boleh terima jika teguran ditujukan kepada saya sahaja namun situasi berubah apabila ibu bapa saya juga terpalit sama sehingga ada yang kata saya tidak di didik dengan baik.

Namun saya tak nafikan ia perkara yang salah apabila bersentuhan dengan wanita bukan mahram dan saya terima segala nasihat peminat, tapi janganlah sehingga salah faham terhadap kenyataan saya sebelum ini, lebih teruk ada yang olah kenyataan tersebut sehingga membawa maksud yang berbeza.

See Also

Bukan mudah sebenarnya hendak menjaga batas ketika berlakon, kadang-kadang ada babak yang memang perlu bersentuhan dengan pelakon lain. Bagaimanapun, Fikry berkata, dia akan cuba untuk mengelakkan perkara tersebut daripada berulang lagi pada masa akan datang.

Sumber Berita : mStar Online

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.