“Di sebalik orang nampak saya lembut, saya sebenarnya…” -Mira Filzah

Boleh dikatakan ramai lelaki diluar sana termasuk mengimpikan wanita seperti Mira Filzah dijadikan sebagai isteri. Malah, Mira turut menjadi penanda aras kebanyakan lelaki yang mahu mencari calon isteri.

Bagaimanapun, Mira berkata apa yang mereka lihat itu hanyalah daripada luaran dan tidak mengenalinya secara peribadi.

BACA : https://www.buzzkini.com/trending/2019/02/14/netizen-kagum-keberanian-mira-filzah-skydiving-yang-penting-tudung-maintain/

“Jika ada lelaki menjadikan saya sebagai penanda aras dalam mencari isteri, terpulanglah kepada mereka. Setiap orang ada pandangan berdasarkan apa yang mereka rasa.

“Apa yang mereka lihat itu hanyalah daripada luaran. Mereka bukan kenal saya secara peribadi, hanya dalam televisyen atau media sosial. Iyalah, apa yang saya tunjuk kepada orang luar bukan seratus peratus diri saya sebenar,” katanya kepada Utusan Online.

Mira memberitahu lelaki diluar sana melihatnya seorang yang lemah lembut membuatkan dirinya mempunyai ciri-ciri yang dicari untuk dijadikan isteri tetapi dia sebenarnya seorang yang sangat tegas dan garang.

“Hakikatnya, saya sebenarnya seorang yang tegas, garang, suka berdikari dan komited dengan kerja. Di sebalik orang nampak saya lembut, saya sebenarnya ada pendirian yang kuat dan tidak boleh diperkotak-katikkan.

“Namun, kalau ada lelaki yang mahukan seorang isteri yang punya ciri-ciri seperti saya, saya doakan semoga mereka dikurniakan isteri solehah yang baik luar dan dalam,” katanya.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

47 mins ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

1 hour ago
  • Trending

Panas Dakwaan Logo Ada Kalimah Allah, Rupanya Johor Pernah Larang Penjualan Barang We Bare Bears

Keputusan fatwa mengenai larangan penjualan dan penggunaan barang 'We Bare Bears' di Johor dikeluarkan Jawatankuasa…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

5 hours ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

5 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

7 hours ago