Remaja 13 Tahun Gantung Diri Kerana Kerja Rumah Banyak

Akibat tertekan dengan kerja sekolah yang banyak menyebabkan pelajar menggantung diri dalam bilik air rumahnya di Taman Seri Relau, Paya Terubong, Georgetown kelmarin.

Dalam kejadian 8 malam itu, remaja lelaki berusia 13 tahun terbabit disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, sebelum kejadian ibu remaja itu yang berusia 51 tahun mahu keluar rumah dan meminta anaknya menyiapkan kerja sekolah.

“Remaja itu bagaimanapun memberitahu ibunya dia tak dapat menghabiskan kerja sekolah sebelum masuk ke bilik air untuk mandi.

“Ketika itu, hanya bapa remaja terbabit berada di rumah namun dia hairan kerana anaknya tidak keluar bilik air selepas 30 minit selain hanya mendengar bunyi air,” katanya.

Che Zaimani berkata, bapanya yang berusia 49 tahun dan bekerja sebagai juruelektrik itu mengetuk pintu bilik air namun tiada jawapan.

“Bimbang sesuatu berlaku, bapa remaja itu menolak pintu bilik air sebelum terlihat anaknya menggantung diri dengan menggunakan tuala.

“Bapanya kemudian menurunkan anaknya dan memberi bantuan pernafasan sehingga anaknya itu termuntah sebelum dia meminta bantuan jiran menghubungi ambulans,” katanya.

Menurutnya, ambulans tiba tidak lama kemudian dan remaja itu turut diberikan bantuan pernafasan sekali lagi oleh pegawai perubatan selama 30 minit sebelum dikejarkan ke HPP.

“Bagaimanapun, doktor yang membuat pemeriksaan mendapati remaja itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah ditemui pada fizikal remaja berkenaan,” katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati sebelum ini guru sekolah ada menghubungi ibu bapa remaja itu dan memberitahu dia tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi.

“Siasatan juga mendapati anak bongsu daripada dua beradik itu kurang minat belajar selain prestasi pelajarannya juga agak lemah.

“Selain itu, remaja itu juga mengadu kepada ibu bapanya dia ada banyak kerja sekolah dan terlalu tertekan untuk belajar,” katanya.

Polis turut menemui sekeping nota yang ditulis remaja itu yang mengatakan dia mengucapkan terima kasih kepada ibunya yang menjaga selama 13 tahun.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Enggan Pergi Kelas Mengaji, Remaja Reka Cerita Dirinya Diculik

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…

26 mins ago
  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

52 mins ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

17 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

18 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

18 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

19 hours ago