“Ini soal keluarga, saya tak mahu cakap lebih.” – Sharnaaz Ahmad

Aktor Sharnaaz Ahmad enggan mengulas lanjut mengenai foto yang dimuat naik oleh isterinya, usahawan popular Noor Nabila Mohd Noor.

Kata Sharnaaz, dirinya belum bersedia untuk berkongsi secara terbuka kerana khuatir akan mengeruhkan lagi keadaan.

“Buat masa ni saya belum bersedia untuk bercerita tentang hal ini.

“Sebab hanya andaian… Jadi, tak berani nak cakap, takut memudaratkan lagi keadaan,” katanya kepada Gempak.

Sharnaaz ditemui di majlis tayangan perdana filem Wangi di e@Curve, Damansara malam tadi.

Dalam pada itu, Sharnaaz mengakui dia seorang yang suka bercakap tetapi apabila melibatkan soal keluarga, dia memilih untuk membataskan perkara terbabit.

“Hari ini bersepah orang telefon dan bercakap mengenai hal ini…

“Saya tahu, saya banyak bercakap tentang benda-benda begini… Tapi, ini soal keluarga, saya tak mahu cakap lebih.

“Apa yang saya boleh cakap satu perkara sahaja, lagi 30 minit hari lahir anak saya. Selamat hari lahir untuk anak lelaki saya,” katanya mengakhiri temu bual tersebut yang tamat sekitar 11.30 malam tadi.

Nabila telah memuat naik sekeping foto, dipercayai di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta.

Nabila berkongsi foto terbabit di laman Instagram Story miliknya semalam.

Dalam pada itu, Nabila juga turut memuat naik kata-kata yang menguatkan spekulasi yang dirinya kini berhadapan dengan masalah rumah tangga.

Sebelum ini, perkahwinan antara Sharnaaz dan Nabila dikatakan pernah berdepan masalah bermula Februari lalu.

Namun, perhubungan mereka dilihat semakin pulih, sejak Mei lepas.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Jebat Jayden, pada Ogos tahun lalu.

Penulis berharap, masalah mereka dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Sumber : Gempak.com

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

7 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

7 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

7 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

7 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

8 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

9 hours ago