Cuti Umum Hari Keputeraan Agung Adalah Wajib Dan Tidak Boleh Digantikan Dengan Tarikh Lain

Cuti umum sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada hari Isnin, 9 Sept adalah wajib diberikan kepada pekerja.

Kementerian Sumber Manusia dalam kenyataan hari ini menyebut bahawa perkara itu ditetapkan mengikut seksyen 60D(1)(a)(ii) Akta Kerja 1955 dan cuti itu tidak boleh digantikan kepada tarikh lain. Kenyataan itu dikeluarkan susulan timbul kekeliruan dalam kalangan masyarakat khususnya majikan dan pekerja sektor swasta berkaitan cuti am sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai lepas dan Hari Keputeraan Baginda pada 9 Sept ini.

Kementerian itu memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan telah mengisytiharkan 30 Julai sebagai hari kelepasan am tambahan sempena majlis pertabalan Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, dan cuti itu diisytiharkan di bawah seksyen 8, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Cuti ini adalah cuti umum yang diperuntukkan kepada pekerja swasta menurut seksyen 60D (1)(b) Akta Kerja 1955. Berdasarkan peruntukan ini, majikan boleh menggantikan cuti umum kepada pekerjanya. Dalam hubungan itu, majikan dikehendaki memberitahu pekerjanya sama ada majikan memilih tarikh 30 Julai 2019 sebagai cuti umum atau menggantikan ke tarikh lain dalam tahun ini juga,” katanya.

Menurut kenyataan itu, sekiranya tiada penggantian dibuat, pekerja yang bekerja pada tarikh itu hendaklah dibayar kadar gaji cuti umum.

Sumber: Awani

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

22 hours ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

1 day ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

1 day ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

1 day ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

1 day ago