Demi Jaga Hati Isteri, Nadzmi Adwa Tak Mahu Sentuh Wanita Lain
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Perkahwinan pasangan pelakon Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa ternyata buah mulut netizen, mana tidaknya tiada siapa menyangka dua sahabat baik ini akan bergelar suami isteri.
Ditanya mengenai karier lakonan, Nadzmi berkata dia dan Ardell tidak meletakkan sebarang syarat untuk mereka terus berlakon. Malah, Nadzmi tidak akan menghalang Ardell berlakon kerana dia tahu isterinya itu mampu menjaga keperibadiannya.
“Saya tidak akan halang dia, apa sahaja yang dilakukan sebelum ini akan diteruskan. Tiada sebarang syarat untuk dia berlakon sebab saya yakin dia tahu peranan dia sebagai isteri.
“Sama seperti saya, Ardell juga tidak pernah meletakkan sebarang syarat. Namun, saya sendiri yang mengambil keputusan untuk tidak lagi melakukan sebarang adegan yang berpegangan dengan pelakon perempuan,” katanya kepada MHETV.
Dalam pada itu, Nazdmi berkata keputusannya enggan bersentuhan dengan pelakon wanita adalah demi menjaga hati isterinya. Jelasnya lagi, boleh saja berlakon atau menjayakan sesuatu watak itu tanpa perlu bersentuhan.
“Ardell tak minta apa-apa, tapi sebagai suami saya tidak mahu isteri saya mencurigai sesuatu apabila wujud babak-babak seperti itu.
“Banyak kaedah lain untuk menunjukkan penghayatan dalam lakonan. Ekspresi muka sahaja boleh menyampaikan sesuatu maksud, jadi tidak perlulah bersentuhan,” ujarnya.
- SUMBER : MHETV