Baru Umur 19 Tahun, Paru-Paru Penuh Minyak Beku Akibat Vape

Gambar sinar-x ini menunjukkan paru-paru yang penuh minyak beku pada seorang pemuda berumur 19 tahun yang mengancam nyawa.

Anthony Mayo, jatuh sakit minggu lepas di Pennsylvania dan dia tidak dapat bernafas sendiri kerana paru-parunya tepu dengan minyak vape yang beku.

Bapa Anthony, Keith, menyatakan, para doktor memberi amaran bahawa saat ini, paru-paru anaknya yang berumur 19 tahun sama dengan keadaan paru-paru seorang perokok tegar berusia 60 tahun yang merokok dua kotak sehari.

Keith menambah, anak lelakinya sudah menghisap vape selama dua tahun dan telah mencuba minyak berperisa seperti minyak blueberry, ikan Swedish, gula-gula kapas, roti bakar kayu manis rangup dan sebagainya. Kadangkala, anaknya akan menghisap vape perisa THC, di mana ramuan psikoaktifnya ialah marijuana.

Minyak  itu kini membeku dalam paru-parunya dan menyalut di kesemua permukaan.

Anthony mula dibawa ke hospital kerana batuk pada 8 September. Doktor pada mulanya menyangka dia terkena bronkitis dan beri dia antibiotik, dan memberitahu dia akan sembuh dalam masa beberapa hari.

Dua hari kemudian, Anthony bertukar pucat dan kesakitan. Dia kemudian dibawa ke bilik kecemasan. Doktor bimbang dia telah mendapat pneumonia, yang menyebabkan paru-paru bengkak dan terisi dengan cecair, jadi mereka berikan dia antibiotik yang lebih kuat dan steroid.

Kemudian, Anthony bertemu dengan doktor keluarganya kerana keadaannya ‘sangat teruk’. Doktor itu juga memberi antibiotik dan steroid yang lebih kuat serta sejenis ubat yang boleh membantu masalah pernafasan. Tetapi keadaannya semakin teruk.

Pada Ahad, dia batuk semalaman dan kembali dimasukkan ke wad kecemasan pada Isnin, di mana hasil ujian menunjukkan tahap oksigennya hanya berada pada 36 peratus, sedangkan menurut Mayo Clinic, jika berada di bawah 90  peratus pun sudah dianggap paras rendah yang merbahaya. Keth berkata,

Seperti kata doktor, bila saja anda masukkan cecair dan minyak ke dalam paru-paru, anda menyebabkan komplikasi.

Doktor mengibaratkannya seperti minyak daging babi  yang mengeras apabila ia disejukkan. Anthony kini sedang dirawat di Hospital Komuniti Millcreek di Erie, Pennsylvania di mana dia diberikan bantuan oksigen 100% supaya dia boleh bernafas dan membantu mengeluarkan sebahagian dari minyak beku pada paru-parunya.

Campuran oksigen dipanaskan dan diletak sedikit cecair, yang seterusnya masuk ke dalam paru-paru dan dan mencairkan minyak beku tersebut, serta menggalakkan ia dikeluarkan dengan cara batuk.

Anthony batuk darah pada beberapa hari awal dia diberi rawatan tersebut, tetapi kini cecair yang keluar berwarna coklat dan hijau yang sangat pekat.

Ia akan meniggalkan parut cuma tak pasti sama ada parut yang dalam atau tidak. Bergantung pada keadaan. Dia muda lagi, dan boleh sembuh dari semua ini.

Keith memberitahu anak lelakinya vape dua hingga tiga kali sehari di luar rumah mereka, tetapi dia tidak tahu ia sangat bahaya pada paru-paru anaknnya.

Dia rasa vape ni cool dan tak ada kesan sampingan. Saya pun bersalah dalam hal ini, kerana ikutkan katanya. Saya tak vape, tapi saya tak halang dia juga.

Keith percaya syarikat vape menyasarkan anak-anak muda dan remaja seperti anak lelakinya.

Perisa yang mereka keluarkan, bukan untuk pekerja binaan yang tengah bina bangunan atau eksekutif yang merokok dalam perjalanan ke mesyuarat. Semua perisa ini menyasarkan budak-budak dan remaja.

New York menjadi bandar pertama mengharamkan e-rokok Selasa lepas, manakala Presiden Trump telah memberi bayangan akan mengharamkannya di seluruh negara tidak lama lagi.

Vape menjadi popular setelah dipasarkan sebagai cara yang sihat untuk merokok berbanding rokok tradisional.

Sumber : amazingnara.com via Metro UK

Recent Posts

  • Trending

Angkat Takbir Sebut ‘Alalikabung’ Bukan ‘Allahu Akbar’ Apa Hukumnya? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, umat Islam yang mampu menyebut di dalam bahasa Arab (Allahu Akbar)…

11 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Mahu Pertahan Diri, Daiyan Trisha Dedah Beri Sumbangan RM100,000 Untuk Palestin

Bagi Daiyan, setiap orang mempunyai cara tersendiri dalam menunjuk dan menyuarakan sokongan terhadap Palestin.

25 mins ago
  • Trending

Tersenarai Dalam ‘Blockout’, Nadhir Nasar Mohon Maaf & Beri Penjelasan

Menurut Nadhir, cubaan menamatkan kontrak sebelum tamat tarikh akan memberikan impak seperti denda, penalti wang…

1 hour ago
  • Trending

“Nak Try Je, Kawan Cakap Lepas” – Tular Wanita Didakwa Edit Resit, Cuba Tipu Peniaga Pasar Malam

Wanita itu berkata bahawa dia jarang berbuat demikian dan hanya ingin mencuba selepas salah sorang…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Hujan Lebat Punca Kejadian Kepala Air Di Lata Iskandar – Bomba

Menurut Sabarodzi, tiada mangsa yang terlibat dan tidak menyebabkan berlakunya banjir atau pemindahan penduduk setempat.

2 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tahun Terakhir Saya Sebagai Penyanyi” – Aliff Syukri Umum Undur Diri Dari Dunia Nyanyian

Menurut usahawan terkenal itu, dia sudah putus asa dan mahu memberikan peluang kepada artis-artis baharu…

17 hours ago