Masjid Sri Sendayan – Masjid Gah Atas Wakaf Seorang Lelaki Hebat

Semalam, 20 Sept , Masjid Sri Sendayan di Seremban secara umumnya dibuka untuk kegunaan umat islam di sekitarnya. Masjid yang tersergam indah ini sebenarnya  dibina melalui konsep wakaf dengan pengendalinya iaitu Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) sebagai  pemegang amanah.

Masjid berkenaan yang terletak 10km  dari bandar Seremban mula dibuka untuk solat subuh diikuti Solat Jumaat kemudiannya.

Namun tahukah anda, siapa dibelakang pembinaan masjid ini?

Dua pemuda di Facebook, Farhan Che Hassan dan  Amar Sufi Ali telah mendedahkan orang penting di belakang masjid ini malah menceritakan serba sedikit mengenai lelaki hebat ini.

Orang Islam Kaya dan Berjaya, Dunia dan Akhirat

Orang yang dimaksud ialah Tan Sri Abdul Rashid Hussain

Korang tau RHB Bank? Maksud penuhnya ialah Rashid Hussain Berhad.
Rashid bin Hussain, jika nak di cerita pasal hebat dunia dia korang google lah, memang power dan kaya.

Tapi nak cerita pasal power akhirat dia, viral pelancaran dan solat Jumaat pertama di Masjid Sri Sendayan macam masjid kat luar negara.

Haa masjid ni dia yang sumbangkan. Sebelum ni “Masjid Hussain Seremban 2” (masjid putih) juga hasil sumbangan dia yang dinamakan atas nama bapanya “Hussain” yang makan belanja 100 juta lebih kurang.

Pemandangan Indah Masjid Sri Sendayan – Masjid ke 3 yang di wakafkan

Dan kini masjid Sri Sendayan sepatutnya dinamakan atas nama nya sendiri , “Masjid Rashid Sri Sendayan”.


Tapi wallahualam kenapa hanya “Masjid Sri Sendayan”, mungkin beliau nak jaga hatinya sendiri dari terkena fitnah.

Pemandangan dari bahagian atas (depan)

Pemandangan dari bahagian atas (tepi)

Perkarangan Masjid Sri Sendayan

Perkarangan masjid di waktu malam

Suasana di dalam masjid

Ada khabar yang beliau ingin dikebumikan disini

Dan ada juga khabar mengatakan beliau ada menyediakan ruang dan berniat nk dikebumikan di masjid ini, SubhanAllah hebat Allah yang menggerakkan hati hamba-hambanya.

Moga Allah menerima niat baik beliau, mengalirkan semua pahala orang yang datang beribadat buatnya dan ramai orang dapat manfaat dari rumah-rumah Allah di dunia ini.

Kita yang tak kaya dunia ni tak nak usaha kaya akhirat ?
Sembahyang pun malas malas..
Saya lah ni…
Amar Sufi Ali

P/S : Ini adalah masjid ke-3 hasil sumbangan Tan Sri Abdul Rashid Hussain. Masjid yang pertama dibina di Langkawi dan dinamakan atas nama ibunya iaitu Masjid Aishah Sg. Mengulu.

Masjid Hussan 2 Foto : Utusan

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago