Masjid Sri Sendayan – Masjid Gah Atas Wakaf Seorang Lelaki Hebat
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Semalam, 20 Sept , Masjid Sri Sendayan di Seremban secara umumnya dibuka untuk kegunaan umat islam di sekitarnya. Masjid yang tersergam indah ini sebenarnya dibina melalui konsep wakaf dengan pengendalinya iaitu Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) sebagai pemegang amanah.
Masjid berkenaan yang terletak 10km dari bandar Seremban mula dibuka untuk solat subuh diikuti Solat Jumaat kemudiannya.
Namun tahukah anda, siapa dibelakang pembinaan masjid ini?
Dua pemuda di Facebook, Farhan Che Hassan dan Amar Sufi Ali telah mendedahkan orang penting di belakang masjid ini malah menceritakan serba sedikit mengenai lelaki hebat ini.
Orang Islam Kaya dan Berjaya, Dunia dan Akhirat
Orang yang dimaksud ialah Tan Sri Abdul Rashid Hussain
Korang tau RHB Bank? Maksud penuhnya ialah Rashid Hussain Berhad.
Rashid bin Hussain, jika nak di cerita pasal hebat dunia dia korang google lah, memang power dan kaya.
Tapi nak cerita pasal power akhirat dia, viral pelancaran dan solat Jumaat pertama di Masjid Sri Sendayan macam masjid kat luar negara.
Haa masjid ni dia yang sumbangkan. Sebelum ni “Masjid Hussain Seremban 2” (masjid putih) juga hasil sumbangan dia yang dinamakan atas nama bapanya “Hussain” yang makan belanja 100 juta lebih kurang.
Pemandangan Indah Masjid Sri Sendayan – Masjid ke 3 yang di wakafkan
Dan kini masjid Sri Sendayan sepatutnya dinamakan atas nama nya sendiri , “Masjid Rashid Sri Sendayan”.
Tapi wallahualam kenapa hanya “Masjid Sri Sendayan”, mungkin beliau nak jaga hatinya sendiri dari terkena fitnah.
Pemandangan dari bahagian atas (depan)
Pemandangan dari bahagian atas (tepi)
Perkarangan Masjid Sri Sendayan
Perkarangan masjid di waktu malam
Suasana di dalam masjid
Ada khabar yang beliau ingin dikebumikan disini
Dan ada juga khabar mengatakan beliau ada menyediakan ruang dan berniat nk dikebumikan di masjid ini, SubhanAllah hebat Allah yang menggerakkan hati hamba-hambanya.
Moga Allah menerima niat baik beliau, mengalirkan semua pahala orang yang datang beribadat buatnya dan ramai orang dapat manfaat dari rumah-rumah Allah di dunia ini.
Kita yang tak kaya dunia ni tak nak usaha kaya akhirat ?
Sembahyang pun malas malas..
Saya lah ni…
Amar Sufi Ali
P/S : Ini adalah masjid ke-3 hasil sumbangan Tan Sri Abdul Rashid Hussain. Masjid yang pertama dibina di Langkawi dan dinamakan atas nama ibunya iaitu Masjid Aishah Sg. Mengulu.