fbpx

Anak Kecil Sebaiknya Tidak Dibawa Ke Masjid Jika Ganggu Jemaah Lain – Pejabat Mufti WP

Menurut Dr Zulkifli sekiranya kanak-kanak itu tidak mengganggu jemaah lain maka ia tidak mengapa namun jika sebaliknya adalah baik ibu bapa tidak membawanya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan apabila tiba bulan Ramadan ramai yang ingin menunaikan solat sunat Tarawih secara berjemaah di masjid mahupun surau.

Malah ini merupakan peluang istimewa untuk setiap individu melakukan ibadah sunat itu yang hanya boleh dilakukan setahun sekali iaitu pada bulan Ramadan. Oleh itu, ramai yang membawa keluarga mereka untuk turut serta melakukan ibadah berkenaan termasuklah anak kecil.

Namun baru-baru ini, tular beberapa video yang memaparkan keadaan di mana terdapat kanak-kanak yang bertindak mengganggu jemaah lain antaranya kanak-kanak yang bertindak menarik kerusi jemaah sehingga menyebabkan individu berkenaan terjatuh.

Selain itu, video memaparkan kanak-kanak bertindak mengganggu jemaah wanita yang sedang solat. Perkara ini secara tidak langsung mengundang perhatian netizen dan menjadi perdebatan.

Ada juga yang menyifatkan anak kecil tidak sepatutnya dibawa ke masjid sekiranya mereka berpotensi untuk mengganggu jemaah lain yang sedang melakukan ibadah solat.

Baca artikel berkaitan: Warga Emas Jatuh Terduduk Ketika Solat Berjemaah Selepas Kerusi Diambil Kanak-kanak [Video]

Baca artikel berkaitan: [Video] Tindakan Kanak-kanak Lelaki Pukul Kepala & Lompat Atas Jemaah Ketika Solat Buat Netizen Tergamam

Persoalan yang timbul adakah patut ibu bapa membawa anak mereka ke masjid atau surau sekiranya mereka mengganggu jemaah lain.

Jika tidak mengganggu ibu bapa boleh letak bersebelahan ketika tunai solat

Semakan kami di laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mendapati bekas Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri pernah mengulas isu berkenaan.

Menurut beliau sekiranya anak kecil berkenaan tidak menggangu, namun ibu bapa bimbang akan keadaan mereka maka dibolehkan kanak-kanak berkenaan diletakkan bersebelahan sewaktu menunaikan solat.

“Kami syorkan keadaan sebegini, ibu bapa bersolat di tepi dinding (hujung saf) dan anaknya diletakkan di hujung sekali.

“Jika mereka mampu berdikari, lebih diutamakan untuk letak di saf kanak-kanak.

“Sepatutnya diwujudkan penyelian yang mengawasi atau membimbing kanak-kanak ketika dalam saf agar mereka dapat bersolat sebaik mungkin, memberi nasihat serta mengajarkan adab menghomati masjid,” jelasnya.

Perkara itu dimaklumkan oleh beliau menerusi perkongsiannya di bab ‘Bayan Linnas Siri Ke-63: Masjid & Kanak-Kanak’.

Sebaiknya tidak dibawa jika akan mengganggu jemaah lain

Menurutnya, memberi galakan ke masjid adalah lebih utama dan aula sebagai latihan serta tamrin untuk memupuk rasa cinta ke masjid.

“Namun, sekiranya kanak-kanak itu dikhuatiri menganggu jemah yang lain maka sebaiknya tidak dibawa ke masjid. Ini merupakan zahir jawapan daripada al-Imam Malik apabila ditanyakan kepada beliau mengenai kanak-kanak yang dibawa ke masjid, maka jawab al-Imam: “Sekiranya kanak-kanak itu tidak mengganggu orang lain maka tidak mengapa, jika sebaliknya maka sebaiknya tidak dibawa ke masjid.”

2 hukum bawa kanak-kanak ke masjid

Menurut para fuqaha terdapat dua pendapat berhubung perkara berkenaan, antaranya:

  • Pertama: Kanak-kanak dilarang untuk dibawa ke masjid. Sebahagian fuqaha Malikiyyah, Hanabilah, serta Syafieyyah berpendapat anak kecil yang belum mumayyiz tidak dibenarkan untuk ke masjid. Mereka berdalilkan satu hadis dari Muaz Bin Jabal RA bahawa Nabi SAW pernah bersabda:

جَنِّبُوا مَسَاجِدَكُمْ صِبْيَانَكُمْ

Maksudnya: “Jauhilah masjid-masjid kalian daripada anak-anak kecil kalian”. [Riwayat al-Baihaqiy, no. Hadith 750] (Imam al-Baihaqiy mengatakan hadith ini marfu’ tetapi tidak sahih [Lihat: al-Sunan al-Kubra, 10/177])

  • Kedua: Kanak-kanak boleh ke masjid. Pendapat ini dipegang oleh A-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani, Imam Al-Syaukani dan lain-lain. Mereka berhujahkan dengan sebauh hadis dari Abu Qatadah RA:

رَأَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَؤُمُّ النَّاسَ وَأُمَامَةُ بِنْتُ أَبِي الْعَاصِ وَهِيَ ابْنَةُ زَيْنَبَ بِنْتِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم عَلَى عَاتِقِهِ، فَإِذَا رَكَعَ وَضَعَهَا وَإِذَا رَفَعَ مِنْ السُّجُودِ أَعَادَهَا

Maksudnya: “Aku melihat Nabi s.a.w mengimami solat sedang mendukung Umamah binti Abi al-As yang juga anak perempuan Zainab binti Rasulillah SAW. Apabila Baginda rukuk diletakkannya dan apabila bangun dari sujud Baginda mengangkatnya semula”. [Riwayat Muslim, no. Hadith 845].

Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani Rahimahullah semasa mengulas hadis ini: ia menjadi dalil bahawa hukum kanak-kanak masuk ke dalam masjid adalah dibolehkan.

Selain itu terdapat satu lagi dalil dari hadis sahih dari Anas bin Malik RA berkata Rasulullah SAW bersabda:

إِنِّي لَأَدْخُلُ الصَّلَاةَ أُرِيدُ إِطَالَتَهَا فَأَسْمَعُ بُكَاءَ الصَّبِيِّ فَأُخَفِّفُ

Maksudnya: Sesungguhnya aku masuk ke dalam solat dan aku hendak memanjangkannya. Kemudian aku mendengar suara tangisan kanak-kanak maka aku ringkaskan (solat). (Riwayah al-Bukhari 666 & Muslim 723.

Ibu bapa perlu main peranan penting dalam memerhatikan tingkah laku anak-anak

“Setelah kami meneliti dan menekuni perbahasan serta nas-nas yang telah disebutkan di atas, kami berpendapat bahawa galakan membawa kanak-kanak untuk hadir ke masjid adalah bertetapan dengan ruh syarak,” katanya.

Menurut Syeikh Abdullah Nasih Uman di dalam kita yang terkenal Tarbiyah al-Aulad turut menyebutkan tiga institusi yang penting kepada kanak-kanak iaitu.

  • Rumah: tempat pembangunan fizikal, adab, dan akhlak bagi kanak-kanak.
  • Masjid: tempat pembangunan kerohaniah untuk kanak-kanak.
  • Sekolah: tempat pembangunan akal fikiran, adab, serta pemikiran kanak-kanak.

Ia merupakan satu kelaziman bagi para ulama dan salafussoleh untuk mengajar anak-naka mereka ke masjid. Malah di zaman mutakhir ini terdapat halawah atau majlis pengajian ilmu untuk kanak-kanak yang dijalankan di masjid-masjid seperti masjid al-Haram, Masjid al-Nabawi, Masjid al-Umawi dan masjid-masjid yang terdapat di Mesir.

Namun ibu bapa perlu mainkan peranan penting dalam menjaga tingkahlaku anak-anak apabila berada di masjid, Malah perlu mendidik dan mengingatkan mereka akan kerhormatan dan kedudukan masjid di dalam Islam.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.