[FOTO] UK Sediakan Laluan Pejalan Kaki Khas Untuk Kaki Handphone

Kami yakin rata-rata orang bersetuju yang handphone pada masa kini adalah antara benda terpenting yang diperlukan dalam kehidupan seharian manusia, yelah untuk berhubung dengan orang lain kan?

Namun ada mereka yang tahap pengunaan nya seperti sudah tidak terkawal dan menghampiri tahap ketagihan, sehingga sanggup menggunakan peranti pintar ini ketika sedang bergerak, seperti berjalan, menunggang motorsikal, memandu dan sebagainya. Bukankah itu membahayakan?

Bagi yang memandu atau menunggang motor pula, undang-undang jalanraya pasti akan menghukum mereka yang didapati bersalah. Bagaimana pula dengan pejalan kaki?

Tiada undang-undang sebegini lagi kan? Kecuali anda menetap di Honolulu lah. Jadi ianya bukan satu kesalahan lah kan?

Ya memang tak salah. Tapi risiko untuk tercedera, terlibat dengan kemalangan, disamun atau sebagainya sangat tinggi

Tak percaya ? Tonton video ni:

Dipetik dari laporan portal Mirror .Sebuah kajian yang di jalankan di UK telah menunjukkan yang 75% rakyat British menyatakan rasa bersalah kerana sering berjalan sambil menggunakan peranti pintar mereka dan yang paling teruk adalah di Manchester.

Disebabkan masalah ini, sebuah laluan khas dua hala bagi mereka yang menggunakan Handphone telah di bina di  Hardman Boulevard, tempat tumpuan orang ramai yang terletak di Spinningfilelds, Manchester, United Kingdom.

Laluan  yang dilengkapi papan tanda arah sebanjang 75meter (247 kaki) itu dibina dengan harapan dapat membantu golongan pengguna tegar ini dari bertembung dengan orang lain.

Idea ini sebenarnya datang dari Pengarah Urusan AO-Mobile , Richard Baxendale yang berpendapat  bahawa pengguna peranti mudah alih itu seharusnya bersikap realistik dan bertanggungjawab dalam cara kehidupan bermasyarakat. Hasil dari kajian AO-Mobile itu, Richard mencadangkan Manchester sebagai tempat pertama untuk laluan pejalan kaki ini.

Kreatif kan?

Sebelum ini sebuah bandar di China , Chongqing sudah pun membuat perkara yang sama pada September 2014.

Mungkin pemerintah di bandar berkenaan terinspirasi dengan sosial eksperimen yang di lakukan oleh National Geographic bagi satu rancangan Mind Over Masses di Washinton DC beberapa bulan sebelumnya .

Sebahagian dari Sosial Eksprerimen oleh Nat Geo di Washington DC Foto:AP

Menarik kan? Mungkin Malaysia boleh cuba di salah satu tempat popular seperti KL atau Penang? atau JB ?

Recent Posts

  • News
  • Trending

Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…

43 mins ago
  • Trending

Perodua Ativa Kantoi Ikut Belakang Peronda Polis Untuk Elak Trafik [Video]

Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…

1 hour ago
  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

2 days ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

2 days ago