“Tolonglah Berhenti Merokok…” – Aznil Nawawi

Baru-baru ini, pengacara terkenal tanah air, Datuk Aznil Nawawi, diuji dengan pemergian dua orang saudara kandungnya. Menerusi laporan Astro Awani, beliau kehilangan seorang lagi abangnya, Azharnim Nawawi selepas sebulan pemergian Allahyarham Azmir Nawawi pada 19 Ogos lalu.

Menurut Paknil, berita mengenai pemergian arwah abangnya Azmir diketahui ketika beliau sedang mengadakan Jelajagh PAK21 di Terengganu sebulan yang lalu. Manakala, pada 17 September yang lalu, sekitar 9.20 malam, beliau kehilangan seorang lagi abangnya, Azharnim Nawawi yang menghembuskan nafas terakhir selepas bertarung dengan penyakit kanser.

Allahyarham Azharnim dipercayai menghembuskan nafas terakhir di sisi kaum keluarganya di sebuah hospital swasta. Tambah Paknil, abangnya dimasukkan ke hospital tersebut sejak beberapa hari lalu sebelum tenat pada Isnin.

Saya dan adik-beradik yang lain reda dengan pemergian arwah abang saya. Walaupun pahit untuk menerima kehilangan dua orang abang dalam tempoh sebulan, namun, kami harus menerimanya dengan penuh kesabaran.

Terbaru, menerusi Twitter E-nuyn, wanita ini berkongsi live story yang dilakukan oleh Paknil. Live Instagram tersebut menunjukkan Paknil sedang menangis dan merayu kepada semua rakyat Malaysia supaya berhenti merokok. Ini kerana, kedua-dua orang abangya termasuk ayahnya, meninggal dunia sebab rokok. Beliau juga meminta masyarakat supaya ingat orang tersayang sambil meluahkan rasa rindu terhadap kedua-dua abangnya.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago