Isu Salah Faham Di IG, Bintang All Blacks Sonny Bill Williams Mohon Maaf Pada Jurugambar Malaysia

Bintang All Blacks Sony Billiam semalam memohon maaf kepada seorang jurugambar dari Malaysia kerana tindakannya yang  tanpa disengajakan iaitu memuat naik sekeping gambar di Instagram tanpa memberikan kredit .

Foto tersebut yang memperlihatkan William  dan seorang lagi rakannnya dari All Black yang beragama islam, Ofa Tu’ungafasi sedang menadah tangan berdoa sewaktu perlawanan All Blacks menentang Springboks, bagaimanapun telah dibuang oleh Instagram.

Gambar yang menimbulkan perdebatan hebat di Instagram Foto: Faiz Azizan

William yang kehairanan kemudiannya memuat naik gambar tersebut sekali lagi dengan kapsyen yang berbunyi “Hello Instagram dan semua yang melaporkan gambar ni. Saya tertanya-tanya kenapa gambar ini dibuang dari akaun saya dan ofatunnngafasi? Pastinnya gambar seseorang sedang melafazkan rasa syukur adalah perkara yang biasa bukan? “

Foto : Stuff News NZ

Namun  menyedari kesilapan itu berpunca dari hak cipta gambar yang dimiliki juragambar terbabit iaitu Faiz Azizan, William dengan pantas memuat naik satu lagi gambar yang sama berserta kredit disusuli dengan permohonan maaf darinya.

Assalamualaikum saudara, maafkan saya kerana salah faham ini. Saya diberikan gambar yang tidak disertakan nama anda. Jika saya tahu, pasti saya akan tag anda sewaktu memuat naik gambar indah itu – Sonny Bill Williams

Dipetik dari Metro, jurugambar terbabit bagaimanapun sudah memaafkan William, malahan dia memahami  selebriti sukan seperti William pasti mempunyai pengikut yang ramai dan tidak perasan ada menerima Direct Message darinya berhubung gambar terbabit.

Apa yang pasti tindakan William yang segera memohon maaf atas kekhilafannya wajar dipuji.

Bukan semua orang mudah untuk membuat permohonan maaf, apatah lagi isu berkenaan di anggap kecil oleh orang lain. Namun itulah mata pencarian jurugambar.

Hormati hak orang lain, orang lain pasti menghormati hak anda.

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 hour ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 hours ago
  • News

Bukan Sunnah Rasulullah SAW, Mufti Perak Seru Berhenti Boikot KK Mart

Mufti Perak Wan Zahidi berkata, Rasulullah SAW tidak mengamalkan aktiviti memboikot walaupun dengan musuh agama…

2 hours ago
  • Trending

Hukum Main Claw Machine Haram – UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus (UAI), bermain claw machine adalah haram kerana ia termasuk dalam kaedah…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

6 hours ago
  • Trending

“Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…

6 hours ago