Bubble Tea Tak Akan Mengeras Macam Batu Dalam Perut! Ini Penjelasan Doktor Mengenai Video Viral

Baru-baru ini tular video memaparkan sejumlah bubble tea yang menjadi keras selepas dibiarkan di atas lantai.

Video itu sekali gus membuatkan ramai netizen serta peminat bubble tea tidak senang duduk.

Tidak mahu pengguna tertipu dengan teori tersebut, seorang doktor tampil memberi penjelasan.


Menerusi satu posting di Facebook, ahli kimia Dr. Fatimah Salim menjelaskan bubble tea sebenarnya diperbuat daripada tepung ubi yang mana komponen utamanya adalah kanji.

“Namun dalam perut tidaklah jadi keras macam dalam video tu. Sebab dalam perut kita ada cecair yang terdiri daripada pelbagai jenis bahan kimia semula jadi seperti enzim, hormon, asid, alkali yang bertungkus lumus menjalankan proses penghadaman.

“Cuma ianya akan mengambil masa yang lama sedikit untuk dihadam,” katanya.

Tambah Fatimah, bagi membantu proses penghadaman bubble tea ini, pengguna harus mengunyah dengan lebih kerap.

“Kunyahlah lama-lama ia akan mengecilkan saiz bebola bubble, memberikan ruang dan masa yang cukup untuk enzim dalam air liur berinteraksi dengan struktur kanji. Ini akan memudahkan proses pencernaan seterusnya dalam sistem penghadaman,” katanya.

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

23 hours ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

1 day ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

1 day ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

1 day ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

1 day ago