Jual Nasi Ayam RM 1.90, Peniaga Ini Tak Kisah Untung Hanya 10 Sen

Tanya sahaja pada sesiapa yang menjalankan perniagaan, apakah motif utama mereka berniaga?

Jawapannya mungkin berbeza, sama ada inginkan kepuasan, kebebasan dan banyak lagi. Tapi jawapan yang pasti senada tidak lain dan tidak bukan iaitu keuntungan.

Namun lain pula bagi peniaga nasi ayam di Gerai Majlis Perbandaran Segamat ini yang masih mampu menjual sepinggan nasi ayam dengan harga yang tidak masuk akal – RM1.90 untuk satu pinggan.

Dipetik dari Harian Metro, Dzaul Kafli dan isterinya Nur Zara Kassim, menjual set ayam dengan harga murah berbanding harga pasaran sekitar RM4 hingga RM7 sepinggan ini bertujuan untuk mengurangkan beban pelanggan mereka terutamanya golongan B40.

Mengakui keuntungan yang mereka perolehi untuk sepinggan nasi ayam hanyalah 10 sen, namun Dzaul Kafli tetap bersyukur kerana dia dan isteri dapat berbakti kepada golongan B40 dengan cara ini.

“Walaupun untung hanya 10 sen, tetapi saya bersyukur dapat mengenyangkan perut pelanggan terutama dalam kalangan golongan B40 (berpendapatan terendah).

“Jadi saya perkenalkan harga jimat bagi memberi ruang kepada mereka merasai set nasi ayam murah tanpa perlu berkongsi,” katanya kepada portal Harian Metro  

Tambah peniaga itu lagi, dia mengecilkan sedikit ukuran potongan ayam pada bahagian dada, paha atau kepak bagi setiap set nasi ayam yang dijual. Namun masih mengekalkan semua ‘dressing’ yang lain seperti sup, sos pedas, timun dan daud sup.

Foto: HMetro

Ramai pelanggan yang turut bertanyakan kepadanya bagaimana perniagaannya boleh bertahan dalam keadaan ekonomi yang agak mencabar, Dzaul lantas menjawab dia menjana pendapatan tambahan melalui penjualan air minuman di kedainya.

“Permulaannya kami hanya mampu menjual tiga ekor ayam sehari namun ia kini meningkat kepada lapan ekor sehari berikutan sambutan yang diterima,” kata Dzaul lagi.

Difahamkan esepi nasi ayam itu dipelajari Nur Zara melalui ahli keluarga selain rujukan laman sosial.

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

5 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

5 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

6 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

6 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

7 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

8 hours ago