fbpx
Now Reading
Pakaian Miss Grand Malaysia Dengan Elemen Wayang Kulit di ‘Claim’ Indonesia

Pakaian Miss Grand Malaysia Dengan Elemen Wayang Kulit di ‘Claim’ Indonesia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perdebatan antara netizen Malaysia dan Indonesia khususnya berkaitan elemen tradisional dan khazanah negara bukanlah satu perkara yang baru.

Terbaru, pakaian Miss Grand Malaysia yang mengetengahkan ciri-ciri wayang kulit dalam pertandingan Miss Grand International menjadi perdebatan apabila netizen Indonesia mula menyatakan ia hak milik negara mereka.

Menerusi Twitter dan Facebook, ramai diantara netizen Indonesia mengeluarkan hujan serta fakta mereka berkaitan wayang kulit.

Antaranya adalah @Lexyy yang mengatakan Indonesia mempunyai dua wayang iaitu wayang kulit dan wayang golek.

“Bezanya satu dari kulit dan satu lagi dari kayu. Kalau dari Jawa yang kulit dan kalau dari Sunda adalah wayang golek,” katanya.

“Memang tidak dinafikan Indonesia mempunyai wayang kulit, tetapi harus faham bahawa terdapat banyak perbezaan dari segi rupa dan jalan cerita.

“Tidak kisahlah ada pengesahan UNESCO atau tidak, Kita ini segara berjiran, jadi semestinya ada persamaan dalam budayanya,” katanya.

Anda boleh lihat gambar perbezaan wayang kulit antara negara di bawah.

Untuk rekod, pakaian yang digayakan Miss Giturand Malaysia diadaptasi daripada Hikayat Seri Rama yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Melayu di Kedah dan Kelantan.

Perkara itu dijelaskan menerusi laman rasmi Facebook Miss Grand Malaysia.

https://www.facebook.com/pg/missgrandmalaysia/photos/?tab=album&album_id=2692329487497867

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.