Now Reading
Gambar Kulit Kuaci Bersepah Selepas Menonton Panggung Wayang Undang Reaksi Tidak Senang Netizen

Gambar Kulit Kuaci Bersepah Selepas Menonton Panggung Wayang Undang Reaksi Tidak Senang Netizen

Tular di laman Twitter dimana seorang pengguna Twitter @4samm_, memuat naik dua keping gambar keadaan lantai di sebuah pawagam yang dipenuhi dengan kulit kuaci. Akan tetapi lokasi tempat kejadian tidak didedahkan oleh lelaki tersebut.

Gambar yang dimuat naik di akaun twitternya sejak 6 Oktober lalu sehingga ke hari ini telah menerima lebih 4,500 retweet daripada netizen.

Hasil daripada perkongsian  tersebut, pelbagai komen daripada netizen membanjiri ruangan posting tweet berkenaan.

Rata-rata netizen mengutuk keras tindakan pengotor individu yang melakukan perkara tersebut. Ada yang menggelar individu tidak bertanggungjawab itu sebagai beruk, hamster dan ada juga yang menggelar mereka binatang.

P/S: Makanan luar juga tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam mana-mana pawagam di seluruh Malaysia.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.