Sejak kebelakangan ini, Cik B iaitu anak perempuan kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida menjadi perbualan hangat di media sosial.
Ini kerana, ramai kagum setelah Cik B muncul sebagai penghias kulit majalah Remaja dan tampil sangat menawan dengan gaya solekan berbeza.
Sedia maklum, Cib B tidak seperti gadis lain yang gemar bersolek dan berdandan namun menyedihkan sebelum ini Cik B juga pernah menjadi mangsa kritikan netizen dan perkara itu juga didedahkan Datuk Seri Vida atau DSV.
Menurut DSV, kecaman serta cacian dan makian yang telah dilemparkan kepada anaknya itu sehingga buatkan Cik B rasa rendah diri, tak semangat malah suka sendiri dan buat hal sendiri.
Bagaimanapun, Cik B mengetahui kekurangannya dan cuba melakukan sesuatu yang berbeza. Untuk pengetahuan, diusia 14 tahun Cik B kini memiliki perniagaan yang turut terkenal seperti Salted Egg Salmon dan Boba Lova.
Dalam pada itu, DSV menerusi kapsyennya dilaman Instagram turut berterima kasih kepada majalah tersebut.