Now Reading
Graduan Seni Kebudayaan Menari Sambil Terima Scroll Jadi Perhatian

Graduan Seni Kebudayaan Menari Sambil Terima Scroll Jadi Perhatian

Buat semua graduan yang sudah tamat belajar , hujung tahun adalah waktu yang sangat dinanti-nantikan kerana ia adalah waktu untuk mereka menghadiri majlis konvokesyen.

Terbaru tular di Twitter apabila graduan kursus seni kebudayaan dari Universiti Malaya dilihat menari sewaktu mengambil skrol ijazah di atas pentas. Acara yang menjadi tradisi buat pelajar Ijazah Seni Persembahan Tari dan Sarja Muda Seni Tarian ini menarik perhatian netizen kerana jarang dilakukan bagi jurusan-jurusan lain.

Ikuti perkongsian pengguna Twitter , Izhar Fahmie di laman miliknya:

Kebanyakan netizen yang menonton meluahkan rasa teruja mereka sehingga ada yang berseloroh mahu menyertai jurusan seni. Tidak kurang juga yang bertanya apa yang patut di lakukan oleh graduan lain untuk untuk menggambarkan jurusan mereka.

Apa-apa pun tahniah buat semua graduan yang sudah menamatkan pelajaran yang sudah menghadiri dan yang bakal menghadiri majlis konvokesyen dalam masa terdekat. Selamat menempuhi alam pekerjaan!

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.