Aishah Azman Pernah Menumpang Rumah Syafie Naswip?Singkir Adik Angkat? Pengurus Syafie Naswip Dedah Cerita Sebenar Disebalik Cerita Putus Tunang

Meskipun episod putus tunang Syafie Naswip dan Aishah Azman sudah hampir empat bulan berlalu, namun ramai tertanya-tanya apakah menyebabkan mereka mereka putus, malah pelbagai spekulasi liar timbul.

BACA : https://www.buzzkini.com/trending/2019/10/25/doa-orang-yang-teraniaya-memang-tiada-hijabnya-syafie-naswip-lega-tiada-kes/

Rabu lalu, dakwaan terhadap kes ugut dan mendatangkan kecederaan terhadap Aishah berakhir apabila pendakwa raya membuat keputusan Tiada Tindakan Lanjut (TTL) kerana tiada keterangan yang mencukupi dan Syafie terbukti tidak bersalah.

Bagaimanapun, sejaka semalam kecoh pendedahan oleh pengurus Syafie iaitu Badrul Hisham yang dikongsikan di Instagram tentang apa yang berlaku sebelum pasangan itu putus tunang juga tuduhan dakwaan hubungan sejenis.

BACA : https://www.buzzkini.com/trending/2019/08/08/aishah-azman-halang-hubungan-syafie-naswip-dan-adik-angkatnya-punca-putus-tunang/

Menurutnya, semuanya bermula apabila pelakon wanita berkenaan cemburu dengan hubungan akrab Syafie dengan adik angkatnya, Sapawi Johnson. Malah, pelakon wanita tersebut dan dua ahli keluarganya dikatakan pernah menumpang di rumah Syafie hampir sebulan atas sebab tertentu.

Malah, pelakon wanita berkenaan juga didakwa cuba untuk menyingkirkan adik angkat Syafie dari rumah meskipun kediaman tersebut yang dibeli adalah hasil perkongsian wang bersama.

Badrul turut memberitahu, ketika Syafie sedang disoal siasat, pihak mereka terkejut serta tidak tahu bagaimana wartawan sebuah akhbar boleh mengetahui dan melaporkan kes Syafie yang didakwa memukul bekas tunangnya.

Terdahulu, pada 26 Jun lalu, Aishah dalam laporannya mendakwa Syafie datang ke rumahnya di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan dan berlaku pertengkaran di dalam kereta aktor terbabit.

Malah, Syafie turut didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap bekas tunangnya itu dan akhirnya ikatan pertunangan mereka terputus pada 21 Julai lalu.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

16 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago