fbpx
Now Reading
Wanita Gelabah Pam Minyak Rosak Sampai Minyak Melimpah, Ini Fungsi Butang Kecemasan Yang Anda Patut Tahu

Wanita Gelabah Pam Minyak Rosak Sampai Minyak Melimpah, Ini Fungsi Butang Kecemasan Yang Anda Patut Tahu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular sebuah video tentang kejadian seorang wanita yang panik dan sehingga gagal mengawal petrol yang tumpah gara-gara pam yang di gunakan nya rosak ketika sedang mengisi minyak.

Boleh dilihat didalam video berkenaan wanita itu sebenarnya tidak tahu apa yang patut dia lakukan, mungkin kerana terlampau terkejut dia hanya mampu menghalakan pam minyak ke atas lantai dan menjerit meminta tolong.

Kami percaya ramai di kalangan anda juga tidak bersedia dan tidak tahu apa yang patut dilakukan sekiranya ditimpa kejadian sebegini.

Sebenarnya bila berhadapan dengan situasi macam ni, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah cari dan tekan butang kecemesan yang akan menghentikan pengaliran petrol tersebut.

Butang kecemasan (emergency stop) itu kebiasaannya terletak pada bahagian atas pam. Tak perasan? Lihat bulatan merah pada gambar di bawah.

Amat bahaya sekiranya keadaan itu dibiarkan berlarutan kerana dikhuatiri terdapat sebarang objek yang mampu menghasilkan percikan api. Boleh bayangkan apa yang terjadi kan??

Emergency Stop Button

Aiyoo… Just press Emergency Stop Button….????‍♂????‍♂????‍♂

Posted by 我们是马来西亚人 We are Malaysians on Saturday, 26 October 2019

Kenal pasti dimana lokasi butang setiap kali mengisi minyak dan bersiap sedia untuk menekan ini jika anda mengalami masalah yang sama ok?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.