fbpx
Now Reading
Izzue Islam Terharu Raja Permaisuri Agong Mahu Bantu Dapatkan Rawatan IVF

Izzue Islam Terharu Raja Permaisuri Agong Mahu Bantu Dapatkan Rawatan IVF

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon dan Penyanyi Izzue Islam meluahkan rasa terharu apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menawarkan bantuan bagi membantu dia dan isterinya, Awin Nurin dalam mendapat rawatan bagi mendapatkan zuriat.

Izzue atau nama betulnya Muhammad Izzul Islam Mazlan mengakui agak terkejut pada mulanya saat di tawarkan bantuan dari Tunku Azizah tersebut, selepas berpeluang sberjumpa dengan baginda di belakang pentas usai tamat pementasan teater “Mak Yong” pada Oktober lalu.

Izzue terkejut baginda tawarkan bantuan untuk dia dan isteri mendapatkan zuriat

“Saya memang terkejut dan terharu sangat apabila Tunku Azizah sendiri tawarkan nak bantu saya dan isteri untuk dapatkan zuriat.

“Kami bertemu di belakang pentans selepas saya habis pementasan teater Mak Yong. Waktu itu memang tak cakap banyak sebab segan tak tahu nak borak apa.

“Permaisuri ada bertanya mengenai kehidupan saya sebab baginda mengikuti perkembangan saya. Baginda ada kata kalau perlukan pertolongan, beritahu saja,” katanya kepada portal mStar Online.

Izzue dan Awin masih belum dikurniakan cahayamata selepas hampir 7 tahun berumah tangga

Dalam pada itu, Izzue bagaimanapun belum berkesempatan untuk bertemu Tunku Azizah untuk berbicang lanjut mengenai rawatan tersebut disebabkan jadual kerjanya yang padat.

Tunku Azizah seperti yang diketahui umum mengasaskan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah bagi membantu secara penajaan buat pasangan yang terpilih untuk mendapatkan rawatan IVF .

Sebagai rekod Izzue dan isterinya berkahwin pada 2 Jun 2013 namun sehingga ke hari ini masih belum dikurniakan cahaya mata

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.