Now Reading
Bahaya! Angkara Kabel Charger Handphone Koyak, Gadis Ini Mati Direnjat Elektrik.

Bahaya! Angkara Kabel Charger Handphone Koyak, Gadis Ini Mati Direnjat Elektrik.

Nampak tidak begitu membahayakan namun hakikatnya, penggunaan kabel pengecas handphone yang telah koyak bukan sahaja berisiko, malah mampu membunuh.

Itu yang terjadi kepada gadis malang dari Thailand ini,  Nong Ying dari Chaiyaphum, Thailand.  Difahamkan kejadian berlaku ketika Nong sedang menggunakan peranti berkenaan ketika ia sedang di cas.

Namun kesan koyak pada kabel pengecas tersebut walaupun telah dibalut dengan pita pelekat  telah tersentuh kaki katil gadis berkenaan yang diperbuat dari pada besi menyebabkan kejutan elektrik berlaku sehinga Nong terkorban.

Difahamkan terdapat kemungkinan bahawa pita pelekat yang membaluti kabel berkenaan juga sudah terkoyak menyebabkan arus elektrik tidak mampu ditebat.

Kredit : Viral Press

Ibu mangsa, Boonpeng Tuponchai, yang baru pulang dari rumah menyangkakan anaknya sedang tidur lalu menggerakkan mangsa untuk mengejutnya bangun

“Saya fikirkan anak saya sedang tidur jadi cuba mengejut dia dan mengalami sedikit kejutan elektrik apabila menyentuh tubuhnya,” katanya.

Boonpeng yang kemudiannya menutup suis digunakan dengan harapan dapat membantu anaknya namun mangsa ketika kejadian sudah tidak lagi bernyawa.

Pemeriksaan mendapati Nong turut mengalami kesan melecur pada tangan kiri, dipercayai berpunca daripada kejutan elektrik itu.

Pegawai penyiasat, Kapten Khanti Peansoongnern berkata, kejadian berpunca daripada kabel terbabit.

Katanya, arus elektrik yang dialirkan kabel itu membunuh remaja berkenaan apabila ia menyentuh kaki katil digunakan mangsa.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.