Pasangan Pengantin Baru di Selangor Akan Diberi Insentif RM300 Jika Hadiri Kursus Kekeluargaan

 Berita baik untuk warga Selangor kerana golongan belia di bawah 40 tahun yang baharu berkahwin digalakkan mendaftar kursus kekeluargaan bagi membolehkan mereka menerima insentif RM300 seorang, bermula Januari tahun depan.

Gambar : Warna MK

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata kursus di bawah program Insentif Generasi Muda Selangor (iGems) itu dilaksanakan bagi menangani kes penceraian dalam kalangan belia di negeri ini.

“Program ini berkonsepkan pemberian insentif RM300 seorang bagi pemohon dan pasangan yang menepati syarat utama selain berkahwin untuk kali pertama.

Beliau berkata selain perkahwinan kali pertama, syarat utama untuk mendapatkan insentif tersebut ialah pemohon perlu merupakan anak kelahiran Selangor atau telah lama bermastautin di negeri ini.

Katanya, pemohon dan pasangan juga perlu menghadiri kursus yang ditawarkan itu selama setengah hari sebelum diberikan insentif RM300 tersebut.

“Mereka yang mendaftar (kursus) dan menghadirinya akan diberikan baucer bernilai RM300 dan mereka boleh menunaikan baucer ini di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dalam tempoh 45 hari.

” Untuk tujuan ini sebanyak RM550,603 diperuntukkan dan kita jangka seramai 1,500 belia Selangor akan mendapat manfaat tersebut,” katanya.

Tambah Khairuddin, pendaftaran permohonan itu boleh dibuat menerusi laman sesawang igems.yawas.my, bermula 18 November ini.

Jelasnya, pendaftaran dibuka kepada mereka yang telah berkahwin bermula 1 September 2018 hingga kini.

“Bagi yang berkahwin 1 September 2018 sehingga 31 Disember 2019, permohonan boleh dibuat sehingga 31 Jun 2020.

“Manakala bagi yang berkahwin bermula 1 Januari 2020 hingga seterusnya permohonan hanya dibolehkan dalam tempoh enam bulan selepas tarikh pernikahan,” katanya.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

1 day ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago