fbpx
Now Reading
“Mungkin Kerana Dendam…” -Dai’ Farhan Jawab Surat Terbuka Tentang Perkahwinan Isteri Kedua

“Mungkin Kerana Dendam…” -Dai’ Farhan Jawab Surat Terbuka Tentang Perkahwinan Isteri Kedua

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B5ULDL7g-n3/

Pendakwah bebas Dai Farhan baru-baru ini telah mengumumkan telah mengahwini seorang wanita yang berstatus ibu tunggal anak lapan di Tanah Suci Mekah.

Malah, dedah Farhan atau nama penuhnya Nik Ahmad Farhan Nik Muhamad, 29, perkahwinan keduanya itu telah mendapat izin dan persetujuan daripada isteri pertamanya.

“Daku tak mencari dia, dia tak mencari daku..Allah yang pertemukan kami di sisi Baitullah, dibawah payungan langit Kaabah.

“Di Tanah Suci juga kami disatukan dengan ikatan pernikahan, amanah buat ku untuk mendidik dan menjaga isteri kedua ku ini bersama 8 orang anaknya yang baik hati.

“Terima kasih buat isteri pertama ku yang sentiasa tabah dan kuat semangat dengan hakikat ini.

“Moga segalanya dalam redha dan rahmat ilahi. Mohon semua doakan yang terbaik untuk ustaz dan amanah yang Allah berikan,” kongsinya menerusi Instagram dua hari lalu.

Bagaimanapun, seorang wanita yang dikenali sebagai Ches Al-Maliki tampil menulis surat terbuka menerusi Facebook menyatakan perkahwinan Farhan tidak direstui keluarga dan isteri pertamanya, Fatin.

BACA : BARU UMUM NIKAH ISTERI KEDUA, ISTERI PERTAMA DIKATAKAN TIDAK REDHA

Enggan perkara itu terus tular diperkatakan, Farhan tampil menjelaskan situasi sebenar menerusi entri terbaharu di Instagramnya hari ini.

Kata Farhan, tindakan pengguna itu berpunca daripada perasaan dendam atas urusan jual beli rumah yang tergendala.

“Mungkin kerana dendam saya tak izin isteri beli rumah dengan dia, tak boleh melihat isteri saya terima hakikat hidup bermadu menyebabkan dia meroyan dengan viralkan perkara fitnah.

“Semoga gambar WhatsApp isteri saya dengan dia pada 1 November lalu menjawab segala fitnah yang dia viralkan,” tegas Farhan.



© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.