“Aku pakai bukan kerana extreme” – Erma Fatima

Tampil dengan imej berhijab di Instagram, pengarah dan penerbit Erma Fatima menepis pandangan negatif sesetengah masyarakat tentang isu pemakaian niqab.

Menurut Erma, dia memakai niqab kerana ia merupakan adab apabila berjumpa habib atau ulama dari luar terutamanya negara Arab.

Erma berkongsi perkara itu menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.

“Bila pakai niqab dia kata Islam extreme, dia kata fesyen, dia kata taksub…hmm.. aku pakai bukan kerana extreme, apatah lagi menganggap niqab itu fesyen, salah tu.

“Aku pakai kerana itu adalah adab bila berjumpa habib atau ulamak dari luar terutamanya dari Arab, itu peradaban mereka yang harus dihormati.

“Memang dalam Al-Quran tak suruh pakai niqab, tapi kalau orang pakai niqab dah rasa selesa kenapa mesti kita pertikaikan, melindungi wajah dari pandangan yang boleh mengundang dosa tak akan jadi satu kesalahan?” tulis Erma di ruangan kapsyen.

Tambah Erma, sesetengah golongan yang sentiasa berfikiran negatif harus mengubah sikap mereka.

“Susah juga jadi netizen yang cari salah orang je kan..masalah besar tu kalau hati dan fikir kita 24 jam negatif.. kena ubat cepat sebelum parah sebab takda pakar dalam dunia boleh ubatkan penyakit hati ni,” tambahnya lagi.

Perkongsian itu kemudian mendapat perhatian dari para pengikut Erma, rata-rata mereka meninggalkan respon positif di ruangan komen.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

3 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago