Now Reading
Bukan Rezeki, Kostum Terbaik Miss Universe 2019 Milik Filipina Bukan Malaysia

Bukan Rezeki, Kostum Terbaik Miss Universe 2019 Milik Filipina Bukan Malaysia

Agak membanggakan dan menggembirakan seluruh rakyat Malaysia apabila peserta dari negara kita, Shweta Sekhon dengan kostumnya, ‘ A Peranakan Indulgence’ memenangi Kostum Terbaik dalam acara Miss Universe 2019.

Walaupun begitu semasa pengumuman pemenang, pengacara Steve Harvey memaklumkan ianya dimenangi oleh Miss Phillipines sehingga memaksa Shewa Sekhon mengambil mikrofon dan menyatakan yang dia berasal dari Malaysia.

Tak kesahlah kesilapan teknikal, yang penting menang kan?

Namun pengumumam dari Stever Harvey sememangnya betul dan tidak tersilap , kerana pengganjur Miss Universe baru sahaja memaklumkan anugerah tersebut sebetulnya memang dimenangi oleh Miss Phillipines, Gazini Ganados dan bukannya Miss Malaysia

Perkara ini menimbulkan kemarahan orang ramai kerana penganjur mengambil masa yang agak lama untuk untuk melakukan pembetulan dengan mengumumkan kemenangan Miss Phillipines menerusi akaun Twitter mereka.

Bukan itu sahaja kemenangan Shweta yang di umumkan di Twitter oleh penganjur sebelum itu turut dipadam oleh pihak mereka

Tweet dari Pihak Miss Universe 2019 yang sudah pun dipadam mereka.

Malah ramai tertanya, jika benar kemenangan mutlak adalah milik Miss Phillipines, apakah motif sebenar Miss Malaysia diminta untuk berdiri di atas pentas sewaktu pemenang diumumkan?

Diharap pihak Miss Universe 2019 dapat memberikan penjelasan mengenai insiden ini. Apa-apapun keputusan mereka, Miss Malaysia, Shweta Sekhon tetap kebanggan kami!

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.