Now Reading
[GAMBAR & VIDEO] Majlis Aqiqah Anak Azrinaz Mazhar Hakim Bukan Biasa-biasa!

[GAMBAR & VIDEO] Majlis Aqiqah Anak Azrinaz Mazhar Hakim Bukan Biasa-biasa!

https://www.instagram.com/p/B52gBXMlPsp/https://www.instagram.com/p/B55JAQahG_j/https://www.instagram.com/p/B54kLdilCas/https://www.instagram.com/p/B55WOerD16F/https://www.instagram.com/p/B52jmeCFgfE/

Majlis aqiqah dan cukur Jambul kebiasaanya hanya dibuat kecil kecilan di rumah dan hanya dihadiri keluarga dan rakan-rakan yang rapat. Mungkin ada juga mini pelamin untuk bayi yang diraikan dengan pakaian yang cantik.

Namun lain pula kisahnya bagi anak Azrinaz Mazhar Hakim Areesya Malaykha yang diraikan bak puteri kayangan. Sekali pandang seperti majlis perkahwinan pasangan diraja.

Bukan hanya diraikan seperti pengantin baru bahkan majlis akikah dan cukur jambul Areesya turut menampilkan carousel yang berpusing di tengah-tengah dewan!

Pada permulaan acara lagi Azrinaz bersama suami, Fairos Khan mengendong Areesya sambil berdiri di tengah-tengah carousel itu.

Semestinya kemunculan penuh dramatik dengan berbusana putih memukau hadirin yang hadir pada majlis itu.

Nyata Azrinaz, carousel yang dibina oleh Glamwedding by Rizalman itu merealisasikan impiannya untuk membawa Areesya ke Paris, Perancis.

“Dia terlalu kecil untuk dibawa terbang menaiki carousel di Eiffel Tower. Tak apa, kita buatkan dia satu,” tulis Azrinaz berkongsi foto-foto sepanjang majlis.

Personaliti televisyen itu telah mendirikan rumah tangga bersama Fairos pada 1 Mei 2018 dan melahirkan Areesya pada 19 September lalu.

Ini merupakan perkahwinan kedua Azrinaz.

Apa kata kita layan koleksi gambar menarik sepanjang majlis akikah dan cukur jambul Areesya Malaykha.

See Also

Personaliti televisyen itu telah mendirikan rumah tangga bersama Fairos pada 1 Mei 2018 dan melahirkan Areesya pada 19 September lalu.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.