Now Reading
Gerhana Matahari Cincin Khamis Ini 26 Disember 2019

Gerhana Matahari Cincin Khamis Ini 26 Disember 2019

https://twitter.com/cheminahsayang/status/1209106904951078912

Rakyat Malaysia terutamanya di bahagian selatan berpeluang menyaksikan fenomena gerhana matahari anulus atau lebih dikenali sebagai gerhana matahari cincin pada Khamis ini, 26 Disember .

Gerhana Matahari Anulus yang sebelum ini berlaku di Mersing, Johor pada 22 Ogos 1998 lebih kurang 21 tahun dahulu tercetus apabila bumi, bulan dan matahari berada dalam kedudukan selari

Menurut portal Planetarium Negara, rakyat Malaysia berpeluang untuk menyaksikan sendiri fenomena ini terutamanya mereka yang berada di selatan iaitu Kukup, Tanjung Piai, Tanjung Pelepas, Selatan Nusajaya dan Pengerang serta mereka yang berada di Sarawak iaitu di Bau, Kota Samarahan, Serian dan Sri Aman

Fenomena ini dijangka berlaku bermula jam 1.21 petang hingga 1.23 petang di Tanjung Piai(lokasi rasmi pencerapan), manakala di Serian pula akan berlaku pada jam 1.46 petang hingga 1.50 petang.

Tempat lain di Malaysia bagaimanapun hanya dapat menyaksikan Fasa Gerhana Matahari Separa sahaja bermula kira-kira pukul 10.30 pagi sehingga 3.30 petang.

Dipetik dari Sinar Harian, Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi Twitter baginda bagaimanapun menasihatkan orang ramai yang ingin melihat gerhana matahari cincin agar mengenakan cermin mata hitam dan berjaga-jaga.

“Tahun 2001, saya melihat gerhana matahari di France, mereka siapkan kaca mata khas tapi saya degil nak juga lihat dengan mata kasar!

“Akibatnya, pancaran itu bakar retina saya dan nasib baik tidak teruk, jadi saya nasihatkan, tolong jangan pandang terus kod gerhana kerana boleh rosak mata,” ciapnya.


© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.