fbpx
Now Reading
Hidung Tersumbat Kedua-Dua Belah, Nabil Mahir Selamat Jalani Pembedahan

Hidung Tersumbat Kedua-Dua Belah, Nabil Mahir Selamat Jalani Pembedahan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengacara Nabil Mahir mendedahkan mengalami masalah untuk bernafas apabila kedua-dua belah hidungnya tersekat.

Jelas Nabil, keadaannya menjadi lebih rumit ketika dia menghidap penyakit selesema kerana terpaksa bernafas melalui mulut.

“Selama ini, hidung saya tersekat di kedua-dua belah pihak, jadi saya hanya mendapat kira-kira 60% oksigen. 

“Sentiasa memerlukan untuk bernafas melalui mulut terutamanya apabila saya mempunyai selesema yang agak kerap dan hidung saya akan tersekat sepenuhnya.

“Pernafasan adalah sesuatu yang kita lakukan secara berterusan, kebanyakan masa kita tidak menyedari bahawa kita melakukannya,” tulisnya di Instagram (IG).

Dalam pada itu, pemilik nama Ahmad Nabil Ahmad Mahir tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin dengan kesihatan dirinya.

“Alhamdulillah, selepas pembedahan ia berasa lebih baik untuk bernafas.

“Terima kasih banyak kepada semua orang atas doa anda!

“Saya rasa disayangi dan semoga Allah memberkati kamu semua,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Nabil telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta bagi menjalani pembedahan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.