fbpx
Now Reading
Rapid KL Lanjut Tempoh Operasi Sempena Ambang Tahun 2020

Rapid KL Lanjut Tempoh Operasi Sempena Ambang Tahun 2020

Berita baik untuk anda yang ingin menyambut tahun baru pada 31 December, anda tidak perlu risau menghadap kesesakan jalan raya untuk ke bandar kerana Rapid KL akan melanjutkan waktu perkhidmatan sistem rel transit dan bas sehingga 1.30 pagi sempena Ambang Tahun Baru 2020.

Prasarana Malaysia Berhad dalam satu kenyataan memaklumkan ia bagi memenuhi keperluan orang ramai yang akan menghadiri sambutan tersebut.

“Lanjutan perkhidmatan ini akan melibatkan 13 stesen LRT, MRT, Monorel, BRT serta 14 laluan bas Rapid KL dan perantara MRT,” memetik kenyataan itu.

Stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT yang dilanjutkan adalah seperti berikut:

  • LRT Laluan Kelana Jaya: USJ 7, Pasar Seni, Masjid Jamek, KLCC dan Ampang Park
  • LRT Laluan Ampang/ Sri Petaling: Bandaraya, Masjid Jamek
  • MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang: Pasar Seni, Bukit Bintang, Maluri, Mutiara Damansara
  • Laluan Monorel Kuala Lumpur: Bukit Bintang
  • BRT Laluan Sunway: Sunway Lagoon
Ambang Tahun Baharu

Lanjutan Perkhidmatan Ambang Tahun Baharu 2020. – Sumber imej Prasarana Malaysia Bhd.

Katanya, stesen-stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa, bagaimanapun penumpang masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan.

See Also

Sementara itu bagi perkhidmatan bas, terdapat beberapa laluan yang akan melanjutkan waktu perkhidmatannya.

“Rapid KL menyarankan warga ibukota untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam pada hari tersebut untuk mengelak dari kesesakan lalulintas terutamanya berdekatan kawasan-kawasan yang akan menganjurkan acara dan pertunjukan untuk menyambut ambang Tahun Baru,” memetik kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengikuti Twitter dan Facebook MyRapidKL atau melayari laman web: www.myrapid.com.my

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.