Malasia Airlines (MAS) mengesahkan sebuah pesawat miliknya yang berlepas dari Lapangan Terbang Daxing, Beijing, China pagi semalam terpaksa berpatah balik selepas difahamkan berada di udara hampir 4 jam gara-gara mengalami masalah teknikal
Dipetik dari Astro Awani, pesawat MH319 dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Daxing, Beijing pada jam 9.30 pagi dan dijangka tiba di Kuala Lumpur jam 4.00 petang namun terpaksa berpatah balik selepas empat jam berlepas ekoran masalah teknikal yang dihadapi dan berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Daxing, Beijing pada pukul 1.24.
Syarikat penerbangan berkenaan dalam masa sama menyatakan rasa kesal dengan kesulitan yang terpaksa dihadapi penumpang berhubung insiden itu.
Sementara itu, salah seorang penumpang MH 319 di Twitter , AdyBoy78 turut berkongsi insiden itu dan meminta orang ramai mendoakan keselamatan dirinya dan penumpang lain.
Dalam reaksi segera pada hantaran AdyBoy78, Malaysia Airlines berkata, syarikat berkenaan sedang berusaha sedaya upaya menyelesaikan perkara tersebut serta memastikan pesawat dalam keadaan baik kerana keselamatan penumpang menjadi keutamaan mereka.
Difahamkan pesawat berkenaan telah berjaya dibaiki lebih kurang pukul 2 tengahari yang sama sebelum dibenarkan berlepas semula .
Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…
Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…
Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…
Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…
Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…
Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…