Now Reading
Nam Ron Protes Maszlee Letak Jawatan, Umum “Cutikan” Sekolah Anak

Nam Ron Protes Maszlee Letak Jawatan, Umum “Cutikan” Sekolah Anak

Pengarah dan pelakon terkenal baru-baru ini meluahkan rasa kesalnya diatas pengunduran Dr Maszlee Malik sebagai menteri pendidikan.

Melalui perkongsian di Facebooknya, pengarah itu juga berkata tindakan pihak tertentu yang menyebabkan Maszlee melepaskan jawatan merugikan masa depan anak-anak.

Sebagai tanda protes Nam Ron turut mengumumkan tidak akan menghantar anak ke sekolah pada jumaat lepas (3 Januari)

Namron, atau nama penuhnya Shahili Abdan turut meluahkan rasa bimbang sekiranya kekosongan jawatan ekoran perletakan jawatan Dr Mazlee itu akan diisi oleh pemimpin yang kurang cerdik.

“Maka esok (hari ini) TA (Tok Ayah) isytiharkan cuti sekolah buat anak-anak TA sebagai protes peletakan jawatan menteri pendidikan,” tulisnya di Facebook semalam.

Dalam perkongsian itu Nam Ron turut memuji Dr Maszlee sebagai seorang pemimpin politik yang merendah diri, malah sudi menerima pelawaannya untuk menonton filemnya ‘One Two Jaga’ bersama keluarga walaupun difahamkan telah mengalami kemalangan kereta ketika dalam perjalanan menonton wayang.

Malah Namron turut menyatakan yang Maszlee memang seorang pemimpin yang mengambil berat mengenai isu pendidikan.

“Selepas menonton kami borak lama di kedai kopi sambil jamah kek sepotong. Dari perbualan itu saya dapati dia seorang yang mengambil berat soal pendidikan

“Kami banyak berbual soal kanak-kanak tiada sijil kelahiran sah yang tidak mendapat pendidikan seperti orang lain kerana taraf ibu bapa mereka,” tulis dalam perkongsian itu lagi.

See Also

Maszlee dua hari lalu melalui satu sidang media khas mengumumkan perletakan jawatannya sebagai menteri pendidikan berkuatkuasa semalam.

Difahamkan Ahli Parlimen Simpang Renggam itu memutuskan perkara berkenaan selepas mendapat nasihat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.