“Terputus makan itu pernah dua tiga hari” – Ramai Tak Sangka Kehidupan Terkini Puteri Balqis

Rasanya sudah lama kita tak dengar cerita mengenai pelakon cilik hebat, Puteri Balqis yang dahulunya sering menghiasi kaca TV. Selepas dikhabarkan menghidap penyakit kronik, pelakon itu terus menyepi daripada dunia hiburan tanah air.

Baru-baru ini, Balqis muncul di dalam iklan rancangan Bersamamu yang bakal ditayangkan 12 Januari ini. Ternyata ianya sangat mengejutkan orang ramai yang melihat perubahan hidup kanak-kanak berusia 12 tahun itu.

Menerusi rancangan itu, Balqis tampil berkongsikan kesukaran hidupnya dimana pada mulanya indah sehingga berubah secara drastik. Balqis berkata perubahan hidup itu cukup indah kerana Tuhan tidak mahu mereka lupa diri.

Lebih terkilan apabila Balqis mengakui bahawa sering terputus makan selama dua atau tiga hari.

“Perubahan secara tiba-tiba ini indah sebenarnya, Tuhan tak mau kami lupa diri. Terputus makan itu pernah dua tiga hari tapi tak pernahlah sampai seminggu. Kami ikat perut,” jelasnya.

Ibunya, Norashikin Mohamad Aziz juga turut meluahkan isi hati berkaitan tahap kesihatan anaknya itu. Ujarnya, orang melihat keadaan anaknya dalam keadaan baik tetapi tidak tahu apa yang Balqis lalui.

“Orang tak nampak benda tu, yang orang nampak puteri sudah ok. Tengok dia berlakon dan fikir dia sudah okay,” luahnya.

Perkara itu mendapat perhatian netizen yang bersimpati dengan nasib pelakon itu. Malah, ada netizen tertanya-tanya sama ada tiadakah bantuan daripada pihak berkenaan seperti persatuan Seniman.  Dalam pada itu, netizen turut mendoakan agar Balqis cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

Hasil pemerhatian di laman Instagram Puteri Balqis, pelakon itu bersama ibunya sedang mempromosikan buku hasil titipan kisah hidupnya berjudul “30 Poems of Puteri Balqis”. Pada mereka yang berminat boleh dapatkannya dalam masa sama membantu pelakon berbakat ini.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

1 day ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

1 day ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

1 day ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

1 day ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago