Awas! Produk Kosmetik Anda Mungkin Ada Steroid Jika Muka Jadi Pink Selepas Memakainya

Siapa yang tak nak cantik bukan ? Malah itu adalah fitrah manusia untuk suka dilihat cantik dan suka melihat pada perkara yang cantik terutamanya kaum wanita.

Asalkan iklan menyebut kesan efek seawal beberapa, memaparkan testimoni di laman media sosial atau menayangkan tutorial menerusi video pendek, maka bertalu-talu komen yang meminta dihantarkan balasan mesej peribadi atau kerap disebut ‘PM’.

Namun tahukah anda, sekiranya kulit anda bertukar menjadi sedikit pink kemerah-merahan selepas menggunakan sesuatu produk kosmetik, anda sebenarnya telah diperdaya dan sebenarnya sedang merosakkan wajah anda.

Ini kerana mungkin produk yang sedang anda gunakan itu mengandungi steroid.

Public Heatlh Malaysia menerusi akaun Facebook mereka mengingatkan golongan wanita tentang bahaya menggunakan produk mekap sebegini kerana warna kulit merubah menjadi pink itu sebenarnya adalah kesan steroid.

Ini kerana steroid boleh menipiskan dan mencerahkan kulit dalam tempoh beberapa hari sahaja. Selain itu permukaan kulit yang nipis mendedahkan lapisan bawah kulit yang mempunyai salur darah kepada udara, menyebabkan kulit kelihatan pink dan kemerah-merahan.

Nampak cantik namun sebenarnya ia adalah komplikasi kulit yang mampu merosakkan kulit muka anda dan mampu memberi kesan buruk janka panjang diantaranya kerosakan buah pinggang, masalah endokrin, Osteoporosis dan banyak lagi.

Jadi semak samaada produk kosmetik anda selamat atau merbahaya di laman web National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) di sini

Buat anda yang sedang menggunakan produk sedemikian, berhenti menggunakannya dahulu, dan segeralah berjumpa doktor atau pakar untuk mendapatkan nasihat dan rawatan selanjutnya.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

23 hours ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

1 day ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

1 day ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

1 day ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

1 day ago