“Jasadnya sangat lemah” – Bob Lukman Masuk Hospital Akibat Masalah Buah Pinggang

Menerusi tulisan Dr Riduan Mohamad Nor yang dikongsi akaun Facebook Besut Berkat Sejahtera, pelawak dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman, 55, dimasukkan ke Hospital UiTM Sungai Buloh akibat masalah buah pinggang.

Menurutnya beliau kini sedang dalam aktiviti jelajah (roadshow) kuliah di Terengganu sebelum dirujuk ke hospital.

“Jasadnya sangat lemah dan dibawa ke Hospital UiTM, Sungai Buloh oleh kawan-kawan pejabat MB Terengganu.

“Menteri Besar Terengganu pernah menaja penginapan bilik hotel kepada Bob selama sebulan di Terengganu untuk membantu Bob berdakwah.

“Kali ini sakitnya agak serius, kakinya membengkak kehitaman, kesan daripada masalah buah pinggang. Setiap kali melawat, dia mengerang dengan guratan wajah berkerut kesakitan. Paru-paru dan jantung yang bermasalah, kini ditambah dengan masalah buah pinggang,” tulisnya.

Menurutnya lagi, berita berkenaan keuzuran Bob tersebar di media sosial dan sehingga kini ramai rakan datang melawat.

“Sakit atau sihat Bob tetap menjadi perhatian masyarakat, teman-teman aktivis terus menziarahi Bob,” katanya.

Terdahulu, Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman pernah dimasukkan ke hospital sama pada 2015 dan kali terakhir pada Januari 2018 akibat masalah jantung.

Menurut Dr Riduan lagi, Bob mengalami masalah kewangan dan memerlukan bantuan daripada mana-mana pihak yang prihatin.

“Semenjak Bob jatuh sakit, aktivitinya terhenti dan ini sedikit sebanyak kondisi ekonomi juga terjejas.

“Isteri Bob tidak bekerja, tanggungannya ramai dan saya terkenangkan Bob yang turut dikerah ke mana saja untuk berceramah jika jasadnya sihat. Saya merayu teman-teman aktivis untuk menjenguk Bob dan membantu meringankan beban keluarga kerana sewaktu jasadnya sihat kita memanfaatkan bakat dan popularitinya untuk perjuangan Islam,” katanya.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago