CoronaTracker Hasil Ciptaan Sukarelawan Malaysia Bantu Salur Maklumat Tentang Wabak Koronavirus

Bagi anda yang terus ingin mengikuti perkembangan wabak koronavirus baharu (2019-nCov) yang berlaku di Wuhan, China, mungkin anda boleh terus melayari laman sasewang ini (klik di sini).

Laman sesawang yang merupakan idea kepada sekumpulan saintis data Malaysia mewujudkan laman sesawang, CoronaTracker setelah melihat kebimbangan masyarakat antarabangsa mengenai wabak ini.

Ia dibentuk dengan kerjasama dari beberapa negara bagi membantu orang ramai mendapat maklumat tepat berkaitan virus itu.

Ketua Saintis Data CoronaTracker, Hafeez Nazri berkata, laman sesawang itu dihasilkan bersama pengasasnya, Dr Cher Han Lau pada 25 Januari sebelum dilancarkan secara rasmi Isnin lalu.

Menurutnya, ia bermula selepas mereka melihat platform sama yang dibuat John Hopkins University (JHU), namun apa yang dipaparkan di dalam itu terlalu umum dan tidak merangkumi maklumat tepat seperti jumlah kematian serta sebagainya.

“Daripada situ kami terlintas untuk membuat platform sama dan mengajak orang ramai menggunakan laman sosial Facebook (FB) untuk menjadi sukarelawan dalam projek ini.

“Bermula dengan sekitar 20 orang, namun sehingga kini seramai 600 orang dari seluruh dunia sudah menjadi sukarelawan bekerjasama menghasilkan analisis dan model-model berkaitan virus,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Hafeez berkata, antara negara yang bekerjasama dengan pihaknya seperti Perancis, Belanda, Singapura, Indonesia, Vietnam, Taiwan dan India.

“Mereka ini terdiri daripada pelbagai latar belakang pekerjaan seperti doktor, data saintis, perhubungan awam, teknologi maklumat dan sebagainya.

“Tujuannya untuk mengumpul data dari pelbagai sumber bagi saintis data dan penganalisis menganalisis data itu,” katanya.

Malah, Hafeez berkata, ia memudahkan orang ramai untuk mendapat maklumat yang sahih dan terkini berkaitan virus itu dan mengelak penyebaran berita palsu.

“Orang ramai juga akan dapat melihat statistik berkaitan virus itu yang disahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan JHU.

“Kita turut membuat perbandingan dengan virus yang terdahulu seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) bagi orang ramai mendapat maklumat,” katanya.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Thailand Larang Nikah Bawah Umur Selepas Kes Lelaki Malaysia Kahwini Kanak-kanak Perempuan 11 Tahun

Pihak berkuasa agama Thailand turut memerintahkan pasangan itu untuk menjalani 'mufaraqah' iaitu hidup berasingan suami…

15 mins ago
  • News
  • Trending

Sekolah Akan Ditutup Jika Suhu Lebih 37 Darjah Celsius 3 Hari Berturut-Turut

Walau bagaimanapun, penutupan itu bergantung kepada situasi semasa dan kawasan terlibat.

1 hour ago
  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

15 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

23 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

3 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

3 days ago