Agensi Pelancongan Sahkan Sajat Dibawa Keluar Daripada Makkah

Susulan kontroversi usahawan kosmetik, Sajat mengenakan pakaian jemaah wanita ketika di Mekah sehingga tular di media sosial.

BACA : kerajaan-kesal-sajat-bertelekung-di-tanah-suci-mujahid

Agensi yang membawa ahli perniagaan kontroversi, atau nama sebenarnya Muhammad Sajad Kamaruzzaman mengerjakan umrah, mengesahkan ahli perniagaan itu sudah dibawa keluar dari Tanah Suci.

Jurucakap Albayt Travel (M) Sdn Bhd berkata, pihaknya terpaksa mengambil tindakan terbabit selepas ia menjadi kontroversi dan mendapat perhatian banyak pihak.

BACA : Sajat-syukur-selesai-tunai-umrah-kali-pertama-di-mekah/

“Kami sudah meminta mutawwif membawa keluar rombongan Nur Sajat seramai 10 orang (termasuk mutawwif) keluar dari Makkah.

“Mereka dibawa untuk sesi lawatan di sekitar Madinah.

“Setakat ini, sukar untuk mendapat kerjasama Nur Sajat, sebaliknya perbincangan lebih banyaj menerusi pembantu peribadinya,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Albayt Travel turut meminta Nur Sajat membuat permohonan maaf secara terbuka khususnya kepada umat Islam di tanah air, susulan kekecohan dan kecaman terhadap video yang dimuat naiknya ke media sosial, baru-baru ini.

“Setakat ini, Nur Sajat hanya menjawab meminta tunggu sehingga dia kembali ke tanah air.

“Pihak kami terutama mutawwif cuba berhubung dengan ibu bapanya, kerana hanya keluarga terdekat yang mengetahui status jantinanya.

“Bagaimanapun, ibu bapa Nur Sajat juga agak sukar diajak berbincang,” katanya.

Jurucakap Albayt Travel turut memaklumkan, dakwaan kononnya Nur Sajat ditangkap polis Arab Saudi belum disahkan kedutaan di sana.

Petang ini, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu jantina usahawan berkenaan.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

8 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

9 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

9 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

11 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

13 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

13 hours ago