Atlet e-sukan Soloz Sempoi Pakai Selipar ‘Usha’ Kereta Ford Mustang

Jangan pandang sebelah mata kepada kaki ‘game’ atau atlet e-sukan yang menghabiskan masa berjam-jam di komputer yea! Kerana sebenarnya dengan cara bermain game juga dapat menjana pendapatan puluhan ribuan ringgit sebulan.

Hanya menjana pendapatan menerusi siaran langsung yang dilakukan atlet e-sukan berkenaan melalui platform media sosial dan Youtube.

Mereka berjaya menarik tontotan ratusan ribu pelayar sekali gus memberi sumber pendapatan secara konsisten kepada mereka.

Terbaru, tular atlet profesional Mobile Legends Mohd Faris Zakaria atau Soloz mengunjungi pusat pameran kenderaan mewah di Bangsar untuk melihat kereta idaman golongan muda iaitu Ford Mustang.

Menerusi Instagram, atlet Sukan SEA negara itu dirakam bergambar bersama kenderaan berharga lebih setengah juta ringgit.

Namun, yang menarik minat netizen adalah cara berpakaian atlet berusia 27 tahun itu yang begitu bersahaja dengan hanya mengenakan selipar ketika mengunjungi pusat pameran terbabit.

Sementara itu, Pengurus Soloz, Nureddy Norsal ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berkaitan perkara terbabit sama ada kereta mewah itu dibeli atau ditaja pihak tertentu.

“Kami ke bilik pameran terbabit petang semalam atas jemputan pihak tertentu untuk melihat kereta berkenaan secara lebih dekat lagi.

“Setakat ini, kami tidak boleh mengesahkan kenderaan terbabit ditaja atau dibeli oleh Soloz kerana ada beberapa perkara harus dibincangkan lagi,” katanya.

Selain itu, difahamkan, pendapatan yang diraih Soloz menerusi pembabitan sebagai atlet e-sukan dan pemain profesional Mobile Legends tidak memberi masalah kepadanya untuk membeli atau membayar bulanan kenderaan terbabit.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

1 day ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago