Akaun Instagram Ali Puteh Hilang, Sekali Lagi Di Godam?

Pergolakan yang melanda keluarga Allahyarham Abam selepas beberapa hari pemergiannya begitu menarik perhatian ramai. Difahamakan segalanya bermula apabila usahawan kosmetik , Aliff Syukri yang menziarah ke rumah balu arwah, Hidayah Mohamad Ali telah mengutarakan beberapa soalan dalam masa membuat perkongsian secara ‘Live’ di akaun Facebook miliknya.

Ini menyebabkan Ali Puteh, adik kepada Arwah Abam berang lantas mengecam tindakan usahawan berkenaan yang dilihat seperti cuba mengucar-kacirkan keluarganya selain merasakan tindakan itu akan menimbulan pelbagai andaian tidak baik terhadap keluarganya.

Ali yang gagal mengawal emosinya turut memuat naik posting berbaur penghinaan terhadap kakak iparnya namun bertindak membuang entri berkenaan selepas dinasihat kan oleh rakan-rakannya juga selepas dikecam hebat oleh netizen

Baca artikel berkaitan : Balu Abam dedah kereta di tarik, Aliff Syukri dikecam memecah belahkan keluarga

Keadaan kemudiannya bertukar menjadi reda selepas Ali membuat satu sidang media menjelaskan kekeliruan yang terjadi dalam masa sama membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kakak iparnya itu.

Selain itu Ali atau nama penuhnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan turut berjanji akan membawa ibunya berjumpa dengan Hidayah untuk menyelesaikan segala urusan mereka dan juga sedia untuk berdamai dengan Aliff Syukri

Baca artikel berkaitan : Ali buat permohonan kepada Balu Abam

Baca artikel berkaitan : Ali sedia berdamai, minta Aliff Syukri berjumpa ibu

Terbaru, carian yang dilakukan mendapati Instagram milik Ali kini tidak lagi boleh dikunjungi. Akaun itu yang pada mula nya kelihatan seperti di godam apabila segala gambar dan posting lama telah hilang seakan sengaja dipadamkan mengejutkan ramai pengguna sosial.

Malah sebelum akaun IG milik Ali yang mempunyai 467 ribu pengikut tersebut ‘hilang’  namanya juga telah ditukarkan kepada @ furrqivurdu menguatkan lagi spekulasi bahawa akaun itu telah digodam.

Terdahulu, Ali telah memuat naik beberapa perkongsian antaranya, kata-kata nasihat dari pendakawah Habib Ali, screenshot perbualan dirinya dengan Allayarham Abam yang berkisar mengenai ‘ilham’ untuk menghiburkan orang ramai serta satu posting yang bertulis : ‘Saya maafkan semua’

Jika benar akaun nya digodam dan bukan sengaja dinyahaktifkan, ini bermakna sudah dua akaun miliknya hilang dari genggaman, sesuatu yang amat ditakuti oleh para selebriti serta orang berpengaruh.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 days ago