Beberapa hari lalu, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengejutkan dunia apabila memberi ‘lesen’ kepada pasukan keselamatan disana untuk menembak mati mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang sepanjang PKP dilaksanakan.
Ucapannya yang disiarkan di stesen televisyen negara berkenaan dilihat lebih berbentuk amaran bagi memastikan rakyat disana patuh kepada arahan kuarantindilihat begitu penting kerana itu satu-satunya jalan bagi memperlahan penyebaran wabak COVID-19.
“Keadaan semakin buruk. Saya ingin menegaskan sekali lagi masalah yang dihadapi sekarang amat serius dan semua rakyat perlu mematuhi arahan.
“Saya mengarahkan polis dan askar, sekiranya didapati ada kekacauan atau ada individu yang melawan sehingga membahayakan nyawa anda, tembak mereka sehingga mati.
“Jangan menakut-nakutkan pihak berkuasa. Jangan cabar kerajaan. Anda akan kalah,” katanya dalam ucapan tersebut.
Kini nampaknya arahan itu betul-betul dilaksanakan apabila seorang warga emas dilaporkan maut ditembak selepas mengamuk apabila diarahkan untuk memakai mask pelindung muka.
Kes pertama orang awam ditembak sebab langgar arahan PKP
Insiden yang berlaku di bandar selatan Nasipit di wilayah Agusan del Norte ini merupakan kes pertama yang melibatkan arahan dari pihak tertinggi dalam mengawal wabak COVID-19.
Dipercayai mabuk dan berang selepas diminta memakai mask
Menurut jurucakap polis, lelaki berumur 63 tahun itu yang dipercayai di bawah pengaruh alkohol mula mengamuk dan cuba mengugut pihak polis dengan menggunakan sabit.
“Suspek diberi teguran kerana tidak memakai topeng, tetapi dia naik marah, mengugut dan mengeluarkan kata-kata kesat sebelum menyerang pihak berkuasa menggunakan sabit,” kata jurucakap polis.
Kerajaan wajibkan penggunaan mask jika keluar rumah
Teguran pihak keselamatan seharusnya dipatuhi memandangkan kerajaan Filipina sebelum ini sudah mengeluarkan arahan yang orang awam perlu memakai mask muka apabila keluar rumah sepanjang tempoh lockdown selama sebulan.
Setakat ini Filipina telah mencatat lebih 3,000 kes positif COVID-19, dengan 144 angka korban .
Video arahan untuk Duterte membenarkan polis menembak mati individu yang menimbulkan kekacauan tempoh hari :
Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…
Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…
Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…
Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…
Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…
Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…